Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Nak simpan duit di ASB @ tukar jadi EMAS ??

Wednesday 28 March 2012


Seorang sahabat ada bertanya dgn sy, beli emas kemudian pajakan. Dan duit pajakan itu simpan di ASB. Apa kah cara ini boleh menjana keuntungan dari kenaikan emas dan dividen dari ASB itu? Sy cuba buat pengiraan seperti dibawah.


1- Katakan anda ada duit RM15,600 di ASB. Dan jika disimpan dlm masa setahun, anda akan perolehi RM1,248 jika kadar dividenya 8% setahun

2- Jika duit ini anda tukar dan beli emas 100gm dan nilai emas semasa ketika itu katakan RM15,600. Kita anggarkan kenaikan emas 18% setahun (ambil kenaikan tahun 2010). Genap setahun, nilai emas anda ialah RM18,408, bertambah RM2,808

3- Oleh kerana anda khuatir menyimpan emas dirumah, dikhuatiri hilang dicuri, anda simpan/pajak di Ar-rahnu sebagai peti simpanan anda. Kadar emas anda di nilaikan oleh Agro Bank ialah RM165 per gram (kadar semasa, sy genapkan). Anda akan diberi pinjaman 70% bersamaan RM11,550 dari nilai emas anda RM16,500. Kadar upah yg anda perlu bayar utk 12 bulan ialah RM1,485 bersamaan 12.85% setahun

4- Duit yg anda terima sebanyak RM11,550 anda simpan di ASB. sebagai pelaburan. Bila genap setahun anda akan perolehi dividen RM920.

Setelah genap setahun, anda keluarkan duit anda RM11,550 dari ASB dan bayar upah simpan dan tebus kembali emas anda. Anda akan perolehi :

- Untung kenaikan emas 100gm anda sebanyak RM2,808
- Dividen ASB RM920

Jumlah keuntungan anda ialah RM3,728. Setelah di tolak upah simpan emas di Ar-rahnu RM1,485, jumlah keuntungan bersih yg anda perolehi ialah RM2,243.

Kesimpulannya :
1. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu disimpan di ASB, ia akan mengurangkan keuntungan anda.
2. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu dibelikan emas, simpanan emas anda bertambah dan anda perolehi keuntungan diatas kenaikan emas tambahan anda itu.
3. Jika anda ingin jadikan Ar-rahnu sbg peti deposit simpanan emas anda, adalah lebih baik anda sewa 'peti deposit' di bank yg kadar sewanya lebih murah serendah RM100 setahun berbanding dgn upah simpan yg perlu dibayar lebih kurang 12% setahun di Ar-rahnu.




Sekiranya anda rasa anda tidak dpt mendisplinkan diri dgn menyimpan duit dibank/ASB kerana dikhuatiri anda 'terguna' duit simpanan itu, adalah lebih selamat dan lebih baik ditukarkan simpanan anda kpd simpanan emas. Duit ditangan/bank amat mudah untuk dikeluarkan pada bila2 masa. Kebarangkalian utk anda menggunakan duit itu mmg ada.

Sebagai contoh katakan, anda ada RM15K dibank. Anda 'terguna' duit anda sebanyak RM5K. Bermakna, nilai duit anda dibank kini RM10K saja. Untuk anda kumpul semula RM15K, katakan anda simpan RM500 sebulan, dlm masa 10 bulan baru duit anda terkumpul RM15K kembali.

Berlainan pula jika anda ada emas ditangan yg bernilai RM15K. Anda pajakan (Ar-rahnu) sebanya RM5K utk kegunaan anda, dan tebus kembali dlm masa 10 bulan. Ketika anda tebus emas anda itu, nilai emas anda bukan lagi RM15K. Mungkin ketika itu nilai emas anda sudah menjadi RM16K atau mungkin juga lebih. Berbanding dgn duit anda....nilainya tetap RM15K.

Read more...

Manipulasi pajak gadai ??

Pada yang ingin menggunakan teknik "rolling" atau popular juga dengan istilah "merempit emas", terdapat dua teknik yang boleh digunakan, dengan memanipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal &masukkan ke dalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
 TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
  • Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
  • Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
Namun,teknik ini mempunyai sedikit kelemahan yang mana anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik.
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan

Read more...

Bagaimana nak buat untung dgn EMAS ???

Assalamualaikum..

Ramai yg menghubungi saya bertanya, bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.
Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...
”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”
”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”
”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.
Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas
Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.

CARA 1 : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.
Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.
Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.
Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.
Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14500. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm4500 sahaja .


CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)
Modal :
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Minimum 20gram (Contoh untuk emas Public Gold)
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,
Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.
Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.
Pelabur yang mempunyai discipline yang kuat
Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan

Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3170)
Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank. (rate emas 999.9=rm165.8/g)
Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3316 x 70% = Rm2300)
(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)
Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1950)
Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm650 x 3 = Rm1950)
Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1355 (rate emas 916=rm151.9/g)
Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1300)
Duit hasil pajakan Rm1355 tu anda boleh beli emas lagi 1Dinar sebanyak 2 keping.
Dan simpan.
Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).
Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.
Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3170, anda boleh memiliki emas bernilai RM6420.
Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..
Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu.....sila hubungi saya 012-7440061 untuk share info.



CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...
Modal :
Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan Rm 20k
(Walaubagaimanapun jika anda berminat nak jadi Dealer tapi tak cukup modal, anda boleh menghubungi saya di 012-7440061..saya ada cara untuk anda)
Jenis Pelabur :
Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.
Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan
Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak Rm20k dalam satu resit.
(Jika berminat boleh call saya 012-7440061 untuk penerangan)
Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.
Komisyen
Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan mendapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%.
Spread yang rendah.
Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan spread yang ditetapkan oleh PG..
Contoh : Pelanggan Biasa spread 6%
Sebagai Dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%
Oleh itu Spread sebenar anda sebagai Dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%
Dengan spread yang kecil anda memiliki peluang yang agak banyak dan luas unutk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan.
Apa-apa pun penerangan yang diberi diatas adalah atas pandangan saya dan relevan pada masa Blog ini ditulis (15th Mac 2011) .
Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, anda boleh la menghubungi saya di 012-7440061

Read more...

Ragam Manusia

Tuesday 27 March 2012


2 org daripada 10 org yg sy temui dan tawarkan peluang menjana keuntungan melalui pelaburan dan perniagaan emas, akan memberikan jwpan :

"Aku tak minat la.."

Sy hairan, hasil kajian sy, individu spt ini ialah mereka yg suka sgt mencari2 peluang, seringkali bertnyakan kalau2 ada peluang baik yg boleh dikongsi bersama...

Dan individu seperti ini jugalah yg selalu merasa jaki jika melihat org lain berjaya mencapai sesuatu sdgkn dirinya yg sntiasa mencari peluang masih belum pernah merasakan apa2 hasilnye...

Mengapa?

Kerana apabila dihidangkan dgn peluang, mereka akn menolaknya baik secara halus (fikir dulu) atau terang2an (takpela..x minat).

Sekali lg sy kehairanan,
Adakah melindungi nilai harta sendiri memerlukan minat?
Adakah menambah pendapatan memerlukan minat?
Adakah mengelakkan hasil titik peluh sendiri hilang begitu shj ditelan arus inflasi juga memerlukan minat?

Cuba fikir secara rasional, adakah anda membayar premium insuran bulanan disebabkan anda minat dgnnya? sudah tentu krn anda inginkan perlindungan drpdnya jika berlaku apa2 kpd anda..

Tp tahukah anda dgn membeli emas, sbnanrnye anda telah "Menginsuranskan" nilai harta anda?

Insurans kemalangan yg anda byr setiap bulan itu hanyalah sbgai persediaan jika berlaku kemalangn kpd anda, tetapi ianya hanyalah sbgi persediaan, bermakna belum tentu ianya berlaku, dan kebarangkalian utk ianya berlaku masih boleh diminimumkan oleh anda sendiri.

Tetapi inflasi atau penyusutan nilai wang berlaku saban tahun!! Confirm!! No doubt!
Justeru mengapa anda tidak menginsuranskan nilai harta dan wang anda??

Anda menginsuranskan perkara yg belum berlaku, tetapi tidak menginsuranskan perkara yg sudah pasti berlaku, adakah tindakan itu bijak?

Read more...


Posting kali ini saya ingin menunjukkan kelebihan Dinar emas yang mana mungkin kita anggap kadar kenaikannya hanyalah sedikit. Harga untuk 1 dinar emas pada tarikh 13 Mac 2011 ialah RM 655 dan cuba anda lihat harga 1 dinar emas sekarang di tepi blog.

Fakta :
Pelaburan permulaan : RM 13,100 (20 pcs x RM 655)
Kadar kenaikan emas : 34.7% setahun (rujuk http://www.bnm.gov.my/)
Kadar  inflasi emas : 0%
Kadar zakat emas : 2.5% setahun (nisab 85g setahun dalam pegangan)

*Saya bundarkan kpd 30% stahun,agar mudah untuk dikira..


*Ini hanya perkiraan kasar,harga dan peratus kenaikan boleh berubah berdasarkan pasaran.

Daripada jadual di atas,jelas menunjukkan pelaburan awal anda yg bernilai RM 13,100 tadi telah melonjak kepada RM 234,764 dalam masa 10 tahun sahaja dgn kadar kenaikan tahunan bersih 26.75%.

Ini bermakna anda boleh memperolehi keuntungan bersih RM 197,648 dlm masa 10tahun @ purata sebanyak RM 19,764 setahun.

Seronokkan dapat keuntungan mcm ni..
Jadi apa tunggu lagi,hubungi sy di talian 012-7440061 utk tempah dinar anda sekarang !!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP