Sekali lihat gambar di atas, kalau
kita tiada ilmu, maka memang tidak faham apa yang cuba digambarkan oleh rakan
saya ini. Jadi saya beri sedikit penjelasan berkenaan dengan gambar di atas.
Apa yang anda lihat adalah Nisbah
1oz Emas/Perak sepanjang tahun ini. Rekod beliau ini merupakan rekod yang
penting sekiranya anda ingin memanipulasi emas dan perak anda tanpa melakukan
teknik pajakan ar rahnu langsung. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran
melihat nisbah emas dan perak. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi newbie
dan juga jika kita mempunyai modal yang terhad untuk menambah emas dan perak
kita. Jadi daripada kita membeli dan simpan sahaja, jika kita dapat mengetahui
dan menguasai kaedah ini, maka simpanan emas dan perak kita menjadi subur dan
dapat diperbanyakkan dengan kos yang sedikit.
Lihat pada baris ke-4 iaitu Nisbah
1oz Emas : bilangan oz Perak. Jika anda lihat column AVG (average) pada bulan
Disember, nisbah 1oz Emas dengan 1oz Perak paling besar. Secara kasarnya jika
anda memiliki 1oz Emas sekarang, ianya bersamaan dengan 53.90 oz Perak.
Bagaimana ingin menggunakan kaedah
ini bagi menyuburkan simpanan emas dan perak anda sepanjang Bull Market ini?
Senang sahaja kaedah ini, Sebagai contoh kasar :
(Rujuk column AVG)
1. Anda membeli 47.76 oz Perak
pada bulan Januari, ianya bersamaan 1 oz Emas
2. Pada bulan April, apabila
nisbah semakin mengecil, anda jual 35.12 oz perak dan anda dapat 1oz emas. Anda
memiliki lebihan oz Perak ditangan sebanyak 12.64oz. Anda simpan keduanya dan
tunggu ratio yang makin besar.
3. Pada bulan Disember, ratio
semakin besar, anda menjual pula 1oz Emas dalam tangan anda tadi dan anda akan
mendapat 53.90 oz Perak. Jumlah Perak di tangan anda sekarang adalah 53.90oz +
12.64oz = 66.54oz. Sekarang anda dapat lihat yang simpanan silver anda makin
subur. Simpanan silver anda makin subur dengan pertambahan sebanyak 18.78oz,
bersamaan 39% peningkatan.
* Mungkinkah ratio yang kecil seperti bulan April yang
lalu boleh kita temui lagi tahun 2012 nanti??? Rakan Saya Tokey SilverGold
menggelarkannya Tragedi April :-) so marilah kita sama2 melalui tahun 2012
nanti bersama2 dalam pelaburan emas dan perak fizikal ini dan jangan lupa
jenguk2 ratio emas/perak ni.. Saya berdoa agar ratio seperti itu muncul lagi
tahun hadapan :-)..Amin.
Anda boleh ke link di bawah untuk melihat ratio
emas/perak.
http://stockcharts.com/h-sc/ui?s=%24gold%3A%24silver
Ini merupakan pengiraan
kasar tanpa mengambil kira spread emas dan perak kerana saya mengira direct
penukaran emas dan perak bagi memudahkan anda memahami konsep ini. Jika anda
menggunakan teknik ini dalam realiti, anda perlu mengambil kira kos spread,premium
dan kos-kos lain dalam melaksanakan teknik ini. Anda mungkin perlu menambah
sedikit kos bagi memenuhi syarat teknik ini.
Teknik ini juga boleh digunakan
untuk menyuburkan simpanan emas kita. Caranya secara kasar apabila ratio
semakin mengecil kita mula dengan membeli 1oz Emas dan apabila ratio menjadi
besar, kita jual 1oz emas tadi dan beli silver dan apabila ratio kembali
mengecil kita jual silver tersebut dan beli emas kembali. Kita akan
mendapat emas dan lebihan perak di tangan Insyaallah semakin lama lebihan perak
tadi jika kita kumpul mampu ditukar dengan 1oz emas juga, maka makin subur dan
bertambahlah emas kita.
*Credit pic TokeySilverGold
Read more...