Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

SKILL 2 in 1

Sunday 22 May 2011

Salam sejahtera semua pbaca blog sy,
Apa khabar hari ni, diharap anda sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga..terima kasih kerana masih setia membuka sy. Sudah lama rasanya sy tidak bceloteh di blog sy krn kesibukan menghabiskan stdy di UTM,Skudai..Alhamdulillah,selesai segalanya...


Sebagai tanda kesyukuran,saya ingin berkongsi dengan anda teknik menjana pendapatan pasif dengan ASB dan Emas, teknik ni saya namakan  sekali tembak 2 kena...hehehe..gurau je..

Tahukah anda, pelaburan emas fizikal juga mempunyai kelemahan? kelemahan pelaburan emas fizikal ialah pelaburan ini tiada cash flow, maksudnya tiada pendapatan secara harian atau bulanan.untuk mendapat pendapatan harian dan bulanan dengan emas,anda perlu melabur dan berniaga emas.

teknik yang akan saya ajar ini akan membantu anda mendapat pendapatan pasif secara konsisten setiap bulan.

Teknik ni amat sesuai jika anda ada mempunyai simpanan, samada didalam ASB atau mana2 bank.Kalau takde simpanan pun boleh juga,tapi kena meminjam...

Cara-cara nya :

1. Anda mempunyai simpanan RM20,000 didalam bank, keluarkan semua simpanan anda dan anda laburkan kesemuanya dengan membeli Emas Fizikal.

2. Kemudian, anda pergi ke mana2 cawangan Agro bank yang ada perkhidmatan Ar rahnu dan pajakan semua emas yang anda beli tadi,dan anda akan mendapat RM14,000
RM20,000 X 70% = RM14,000

3.Pergi kemana-mana cawangan RHB Easy,dan buat pinjaman ASB , pinjaman maksima yang anda boleh pinjam ialah  RM200,000 seorang.

4.Gunakan duit pajak emas yang anda dapat tadi untuk membayar bulanan ASB tersebut,kemudian pada hujung tahun nanti pergi ke mana2 cawangan asb dan keluarkan bonus anda..

Berapa keuntungan yang anda dapat?

Bonus ASB

Jika anda membuat pinjaman RM200,000,bonus yang akan dapat pada hujung tahun nanti ialah

RM200,000 x 8.75%( berdasarkan bonus keuntungan tahun 2010)
=RM17,500

Modal yang anda telah keluarkan untuk membayar pinjaman ASB setiap bulan ialah
RM900 x 12 = RM10,800 (bayaran bulanan berubah mengikut B.L.R)

Keuntungan bersih yang anda dapat ialah
RM17,500 - RM10800 = RM6700

RM6700 / 12 bulan = RM558 sebulan

jadi anda telah mendapat pendapatan RM558 sebulan secara konsisten.

Keuntungan Emas

Emas yang anda pajakan berharga RM20,000, jika melihat prestasi keuntungan harga emas tahunan ialah dalam linkungan 25% setahun. jadi, harga emas yang anda pajakan tadi bernilai

RM20,000 x 25% = RM5,000 
harga emas anda telah meningkat kepada RM 25,000

Upah pajak yang anda perlu bayar kepada Agro bank ialah,
setiap RM100 anda perlu bayar RM0.75 sebulan (bagi pinjaman melebihi 70%)
jika RM20,000 anda perlu bayar RM150 sebulan

bayaran pajakan setahun ialah

RM150 x 12 = RM1800

keuntungan bersih yang anda dapat dari Emas ialah

RM5,000 - RM1800 = RM3200

RM3200 / 12 bulan = RM267

anda telah mendapat pendapatan pasif melalui emas sebanyak RM267 sebulan.

Jumlah semua pendapatan pasif yang anda dapat ialah

RM6,700 (keuntungan ASB) + RM3,200 (Keuntungan Emas) = RM 9,900 atau
RM 9,900 / 12 bulan = RM 825.00 sebulan.

kalau anda pakai toyota vios, anda dah boleh pakai  kereta tersebut  secara percuma sepanjang tahun..,ASB dan emas yang tolong bayarkan untuk anda..hehehe

keuntungan yang anda dapat dengan pelaburan pasif ialah hampir 50%, hebat kan..lakukan 4 langkah dan anda dapat untung 50%...

Penting !!!

1.Tak perlu tunggu harga emas jatuh baru nak beli emas, anda boleh beli sekarang sebab,anda tetap akan mendapat untung disebabkan kenaikan harga emas setiap tahun. Lagipun makin lama anda simpan Emas, lagi untung..tak percaya cuba anda check harga rantai emas yang anda beli tahun lepas, bandingkan dengan harga emas tahun ni.

2.Pastikan nama anda tidak blacklist ataupun mempunyai hutang yang melampau ketika memohon loan ASB.

3. Jika anda anda banyak komitmen hutang, cuba buat loan RM100,000 dulu sebab tak perlu payslip dan statement KWSP.

4. Mesti buat pinjaman di Easy RHB, bukan RHB atau cawangan bank yang lain,sebabnya, hanya Easy RHB yang menawarkan pinjaman selama 20 tahun dan 5 tahun pertama hanya bayar interest sahaja, jadi bayaran 5 tahun pertama adalah sangat murah.kalau pinjam RM100,000 anda cuma perlu bayar RM450 sebulan(harga berubah mengikut BLR).untuk lebih lanjut boleh layari http://www.rhb.com.my/easy

5. Anda boleh gunakan nama pasangan anda yang tidak bekerja untuk memohon loan ASB di Easy RHB, tiada masalah, cuma bawa buku ASB dan IC, 10 minit dah approve..memang betul-betul easy...tapi kena reka sikitla tentang kerja dan gaji pasangan anda.

6. Selepas 5 tahun anda boleh berhenti perlaburan ASB (jual semula) tersebut,tiada penalti dikenakan dan buat pembiayaan semula, kalau nak terus pun tiada masalah, tapi bayaran bulanan mahal sikit.

Semua kiraan yang saya buat diatas dalam bentuk anggaran sahaja,dan semua syarat-syarat tersebut mungkin berubah dari masa ke semasa, kalau nak tahu lebih lanjut boleh call saya atau mana-mana cawangan Easy RHB,Agro Bank yang terdekat dengan tempat anda.

Teknik ini adalah diantara teknik yang paling mudah menjana pendapatan pasif, anda boleh ulang proses ini setiap tahun. 

jika RM20,000 tu anda masih simpan di ASB, yang anda dapat cuma
RM20,000 x 8.75% = RM1750 setiap tahun...

Pelaburan emas bukan lah perlaburan skim cepat kaya, pelaburan emas ialah pelaburan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, ia memerlukan masa setahun ke atas untuk anda mendapat keuntungan.kalau nak mendapat keuntungan segera anda perlu melabur emas dan menjadi peniaga emas, post akan datang saya ceritakan tentang nak jadi tokey emas :) 

ok, kalau anda ada apa masalah boleh call saya 012-7440061, insyaallah saya akan bantu..

Berjumpa lg di lain hari..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP