Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

1 Mei=Hari Buruh

Saturday 30 April 2011


Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yg saya hormati...harini sempena 1 Mei 2011 sy ingin berkongsi sedikit sebuah info yg mungkin anda pernah dengar sebelum ini @ pun mungkin juga belum pernah dengar.. 

Rasullulah pernah bersabda, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan..jadi 1/10 rezeki adalah dari makan gaji...Jadi,jika anda golongan 1/10 ni,apakata kali ini,anda tambah lg jd10/10..dimana dalam masa makan gaji pun anda berniaga...apa untungnya org yg makan gaji ni?? Untungnya dlm konteks ini,anda boleh menggunakan skill OPM (Other People Money).. Apa itu OPM?? Dlm bahasa mudahnya,kt guna duit org lain untuk menjana income@profit... Xsemestinya anda kena pinjam ALONG, anda yg mempunyai slip gaji,seharusnya harus bijak menggunakan skill ini..


Sebagai contoh,jika selama ini,anda buat loan utk membeli liability seperti kereta(dimana anda kena bayar setiap bulan tetapi setiap tahun harga kereta semakin menurun),apakata kali ini anda membuat loan semaksimum mungkin dan membeli asset seperti hartanah,emas,perak,saham dan sebagainya.. Bagi sy,definisi asset ini ialah sesuatu yg semakin lama semakin tinggi dan mahal nilainya,disamping dapat menjana pasif income kepada kita..

Salah satu perkara yang menarik perhatian masyarakat kita ialah perbahasan ini.

"Mana satu lagi bagus? Melabur atau ada perniagaan sendiri?"

Bagi saya, kedua-duanya mempunyai pros and cons dan melihat kepada keselesaan diri masing-masing. Melabur membolehkan seseorang menggunakan modal yang ada untuk membeli sesuatu yang bernilai yang nilainya boleh bertambah atau berkurang mengikut keadaan barang yang dibeli itu.

(Stok juga dikira sebagai "barang" dalam konteks ini)

Perniagaan sendiri pula membolehkan anda menjual produk kepada orang lain dan mendapat untung antara margin anda beli kemudian jual kepada orang lain.

Ada orang selesa menjadi peniaga kerana mereka boleh berinteraksi dengan orang lain, tawar menawar, mencari produk yang dimahukan orang dan sebagainya.

Ada orang pula lebih selesa membiarkan duit bekerja untuknya kerana mereka ada duit... tapi tidak ada masa.

Jika anda seseorang yang ada duit tapi tidak ada masa, pelaburan emas
merupakan salah satu terbaik untuk menaikkan nilai asset anda.

Jika anda tidak mempunyai wang yang diperlukan untuk membeli emas dan perak (perak jauh lebih murah daripada emas), perniagaan mungkin boleh menjadi permulaan yang baik untuk anda. Dimana anda boleh bermula walau tanpa sesen pun (kena jumpa face to face dengan saya)..

- * - * - * - * -

One leads to another / Satu membawa kepada lagi satu

- * - * - * - * -

Apabila anda berjaya dalam perniagaan, anda boleh menggunakan keuntungan yang anda dapat untuk membeli emas.

Anda tidak perlu membeli emas dengan banyak. Anda boleh beli sedikit demi sedikit mengikut
kemampuan anda. Jadikan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda dan kewangan anda akan menjadi semakin kukuh. Ianya bukannya digunakan baru-baru ini tapi telah digunakan sejak zaman Firaun (mungkin lebih awal lagi). Syiling emas yang ditempa pada 330 BC pun masih lagi wujud dan cantik walaupun telah berusia 2,300 tahun!

Jadikan emas fizikal sebagai IBU DUIT anda,dimana jika anda terdesak memerlukan wang,anda hanya perlu mengarrahnukan sahaja emas anda... Tidak seperti bisnes2 yang lain,jika anda berniaga pakaian,makanan,kenderaan...anda terdesak memerlukan wang,anda terpaksa mencari customer sehabis mungkin untuk membeli produk anda...EMAS,diterima disemua tempat arrahnu,pajak gadai konvesional dan institusi peminjam berlesen..

- * - * - * - * -

Apa yg bestnya bisnes emas ni dgn bisnes yg lain spt MLM,surat berantai,unit trust dan sebagainya??

Emas..
semua org tahu apa itu emas...
semua org tahu emas semakin lama semakin mahal..
semua org tahu org yg banyak emas dicop sebagai lambang kekayaan...
Tugas anda semakin mudah bukan,xperlu nak menerangkan lebih lanjut seperti produk2 MLM yg lain...
Cuma..
x semua org tahu bagaimana untuk menjana profit dengan emas...
x semua org tahu skill2 memanipulasi emas...
x semua org tahu membuat pasif income dengan emas..
x semua org tahu bila masa harga emas akan naik dan turun..

Jadi,jika anda ingin berniaga emas,anda seharusnya mempunya ilmu tentang apa yang mereka tidak tahu yg seharusnya anda tahu dan beritahu kepada mereka..

Jika anda ingin berkongsi ilmu apa jua tentang emas,boleh hubungi saya di 012-7440061..

Read more...

EMAS vs FIXED DEPOSIT

Sunday 24 April 2011


Salam Sejahtera pembaca blog saya,kali ini sy akan huraikan tentang perbezaan simpanan di bank (fixed deposit) dgn simpan emas fizikal.

Kita mulakan dengan contoh mudah. Dengan menggunakan carta peratus fixed deposit yang ditawarkan oleh Maybank.


Carta di bawah datang daripada Maybank Fixed Deposit.

Tempoh      Peratus (% p.a.)
1 month           2.75
2 months         2.75
3 months         2.75
4 months         2.75
5 months         2.75
6 months         2.80
7 months         2.80
8 months         2.80
9 months         2.80
10 months       2.80
11 months       2.85
12 months       2.85
13 months       2.85
14 months       2.85
15 months       2.85
18 months       2.85
24 months       2.85
36 months       3.10
48 months       3.40
60 months       3.60

p.a. = per annum (setahun)

(Semua nilai di atas boleh berubah tanpa notis awal daripada Maybank)

Jika kita menyimpan sehingga 60 bulan (5 tahun),kita akan mendapat 18% total. Contohlah anda masukkan RM5,000 setiap tahun dalam akaun itu. Dengan interest rate sebanyak 3.6%, anda akan mendapat RM27,833.15 total. Peningkatan sebanyak RM2833.15 (kita simpan RM25,000).

Tapi cuba kita ambil 5 tahun berturut-turut emas. Jika anda beli satu bar emas pada harga RM3015.00 (20 gram), dengan menggunakan jumlah peratus naik pada tahun 2009 (25.04%),
dan setiap tahun anda melabur sebanyak itu untuk 5 tahun, nilai terkumpul kita boleh dapat sampai RM31,272.05.

Anda perlu labur RM15,075 sahaja.

- * - * - * - * -

Tapi emas mana ada compounded interest!

- * - * - * - * -

Haha. Itulah. Menipulah kalau saya guna compound interest calculator kan untuk emas?
Sebab emas tidak ada compound interest. Ianya sesuatu yang anda beli dan pegang.
Jadi kalaulah anda dah beli emas pada harga RM15,075, berapa banyakkah
yang akan anda dapat daripada 25.04% setahun, untuk 5 tahun?

Jawapannya ialah: peningkatan sebanyak 125.2% dalam nilai...

... dan penambahan sebanyak RM18,873.90 ke atas pelaburan anda.

Secara total, anda akan dapat RM15,075+18,873.90 = RM33,948.90

Boleh tahan. Pelaburan sedikit untuk pulangan yang jauh lebih banyak daripada cara konvensional.

Jadi fikir2kanlah mana yang terbaik untuk anda...ini sebagai salah satu contoh. Jika anda ingin belajar lebih banyak ilmu emas dgn sy,jgn segan silu mhubungi sy 0127440061.

Read more...

Jadikan EMAS sbg KAD KREDIT ???

Friday 1 April 2011


Anda mesti rasa lain setelah anda membaca statement di atas. Boleh ke klau nak buat mcam kad kredit ni...Saya akan huraikan satu persatu bagaimana caranya dan rahsia yang terselindug di sebalik emas tersebut sehingga ia boleh menjadi pengganti kad kredit anda tanpa mempunyai susut nilai serta tiada nama akan blacklist di dalam 'cris' dan 'ctos'. Sungguh menarik bukan apabila anda dapat tau ape rahsia yng ade disebalik emas tersebut.

Sebelum bercerita lagi lanjut, kelebihan ini adalah untuk pelabur emas sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai keistimewaan emas. Bagi yang baru hendak berjinak2, anda boleh mulakan sekarang untuk mendapat keistimewaan tersebut. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat manfaat ini.
Sebagai pelabur emas, anda boleh menggunakan emas tersebut sebagai 'ibu duit' untuk kegunaan seharian andai kata anda terdesak ataupun hendak berbelanja lebih sambil mengmbil kira kewangan anda untuk membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, rancanglah perbelanjaan anda untuk menjamin kewangan anda di masa akan datang tiada berlaku kemudaratan.
Kaedah yang akan di beritahu nnti adalah menggunakan Ar-Rahnu sebagai tempat anda mendapat duit untuk berbelanja atau membeli sesuatu. Caranya mudah sahaja, bagi pelabur goldbar anda hendaklah memajak emas anda di Agrobank sahaja dan ambillah pinjaman sebanyak 50%,60% atau 65% sebagai memenuhi keperluan anda. Lagi tinggi anda ambil pinjaman, maka lagi tinggi upah simpan yang akan dikenakan untuk tempoh selama 6 bulan. Bagi pemilik barang kemas anda mempunyai dua pilihan sama ada di Agrobank ataupun di Bank Rakyat untuk membuat pajakan..

Untuk tempoh pinjaman di Ar-Rahnu Agrobank ialah 6bulan+3bulan+2bulan dan selepas itu andai tidak mampu membayarnya, emas anda akan di lelong oleh pihak bank. Anda boleh juga membuat penilaian semula emas anda untuk membuat 'overlap' pada pinjaman anda di sebabkan kenaikan harga emas selepas 11 bulan anda memajak emas tersebut, ini dapat mengelakkan emas anda dilelong oleh pihak bank. Kami akan menceritakan anda suatu kisah dimana seorng pelabur emas telah menggunakan emas untuk membeli sesuatu barang.

Kisah 1

Si Ali hendak membeli TV LCD bersaiz 42" yang berharga RM 3500 sahaja andai beliau membeli secara tunai.Sebagai pelabur emas, Ali telah memajak emas 999 50gm untuk membuat pembelian tersebut.Harga marhum untuk emas 999 di Agrobank ialah RM165. Jadi jumlah marhum untuk emas Ali ialah RM 8250. Ali telah membuat pinjaman sebanyak 50% daripada nilai marhum iaitu sebanyak RM4125 sahaja. Jadi,upah simpan yang telah di kenakan untuk pemajakan tersebut selama 6 bulan ialah Rm247.50 dimana RM0.50 untuk setiap RM100. Andai kata ALi mengambil secara kredit,harga tv tersebut dalah sebanyak RM 4000. Dengan tindakan beliau menggunakan emas sebagai ibu duit, beliau telah membeli secara tunai untuk TV tersebut dan membayar ansuran bulanan selama 6 bulan di Bank untuk penebusan emas semula. Setelah cukup 6 bulan, Ali sudah mendapat kembali emas tersebut dan menyimpan terus dngn baik untuk kegunaan akan datang.

Kisah 2

Si Halim telah membuat perancangan untuk membuat tambahan kabinet dapur di rumah beliau. Kos harga untuk penambahan kabinet ialah sebanyak RM 7000 sahaja. Dengan menggunakan emas 999 sebanyak 100gm, beliau telah memajak untuk membayar kos keseluruhan pengubahsuaian tersebut. Jadi halim telah mendapat pinjaman sebanyak RM 8250 beserta upah simpan sebanyak RM495. Untuk itu, Halim telah menggunakan duit tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran sebanyak RM 700 sebulan. Setelah selepas 6 bulan,Halim tidak berjaya untuk menebus emas tersebut, lalu beliau telah memanjangkan tempoh pinjaman selama 3 bulan selepas membayar upah simpan untuk 6 bulan lepas. Selepas dari itu, Halim juga gagal untuk menebus emas tersebut dan memanjangkan tempoh untuk 2 bulan lg dengan membayar upah simpan untuk 3 bulan pula. Akhirnya,Halim berjaya menebus kembali emas tersebut dan kawasan dapur rumah beserta kabinet baru beliau kelihatan cantik.

Sebagai teladan dari kisah tersebut kita dapat menilai bahawa :

1. Emas boleh dipajak untuk mendapat wang segera melalui pinjaman Ar-Rahnu.
2. Emas boleh membuat kredit dengan sesiapa sahaja untuk pembelian atau perkhidmatan.
3. Dengan emas tersebut, nilai pinjaman kita akan bertambah tinggi jika di buat dari tahun ke tahun di sebabkan kenaikan harga tersebut.
4. Jika gagal membayar pinjaman, anda tiada 'blacklist'.

Bagaimana perasaan anda setelah membaca kisah tersebut,menarik bukan sehingga membuat rumah tanpa membuat pinjaman persendirian. gunakan kelebihan yang anda ada untuk membuat pelaburan emas. Tepuk dada, tanyalah selera....Jika hdk mengetahui lebih banyak lagi ilmu tentg emas,beli minimum 50g emas dari sy,sy akan bongkarkn lebih bnyak lg case2 stdy tentg teknik mjana keuntungan dgn emas...HUBUNGI SAYA SKRG 012-7440061..


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP