Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Silver akan MAHAL seperti Emas ??

Sunday 8 April 2012

Emas dan perak adalah abang-beradik yang rapat sekali. Apabila harga emas naik, harga perak naik,apabila harga emas turn, harga perak turun. Ilmu analisis teknikal menggunakan data terdahulu untuk menjangka pergerakan harga masa depan. Dalam penulisan ini, sejarah prestasi emas digunakan untuk meramalkan pergerakan harga perak pada masa akan datang.



Saya telah melukis segitiga untuk mewakili harga emas berkukuh (consolidate) pada pertengahan 2006 sehingga lewat 2007. Kemudian corak bendera terbentuk. Pergerakan harga terperangkap dalam corak bendera untuk sementara waktu. Sebaik sahaja harga emas memecahkan corak bendera, harga emas melonjak LEBIH TINGGI daripada puncak sejarah pada 1980.
Sekarang mari kita melihat carta perak. Sifat pergerakan harga perak adalah lebih ekstrem berbanding dengan harga emas. Ia adalah dalam jangakaan melihat harga perak mempunyai pergerakan harga yang lebih besar berbanding dengan harga emas (dari faktor peratusan).

Seperti emas, harga perak telah membentuk segitiga dari 2008 sehingga lewat 2010. Apabila segitiga diperkukuhkan, corak bendera dibentukan. Kita berada dalam corak bendera sekarang. Kemungkinan terdapat satu lagi kejatuhan harga kecil dalamcorak bendera, tetapi tidak penting sangat. Sebaik sahaja corak bendera matang, kita boleh menjangkakan harga perak menuju hingga paras tertinggi 1980 dan melepasi batasan itu, seperti apa yang berlaku pada harga emas dalam sejarah.

Now apa reaksi anda,menjadi pemerhati @ btindak segera ? Kuasa di tangan anda..hubungi 012-7440061..

P/s : Jika anda suka blog ini,mohon share bsama rakan2 agar sama2 mendapat ilmu yg bmanfaat..



Read more...

Graf Silver 1970 = 2012 ??

Salam sejahtera semua..Minggu ini kita akan melihat sejarah pergerakan harga silver yang menarik ini bagi meramalkan pergerakan harga silver dalam 2012. Kita akan kembali kepada sejarah pada tahun 1968 hingga 1973. Perhatikan kawan saya telah melukis 13 point dalam tempoh ini untuk melambangkan corak naik dan turun. Selepas point ke-13, harga silver melonjak.


Kini pada tahun 2012. Saya mendapati corak yang agak sama dalam harga silver untuk 1 tahun yang lalu.


Perhatikan 2 carta dengan teliti. Kedua-dua carta amat serupa. Adakah kami sudah berada di point ke-13? Jika ya, adakah ini bermakna harga silver akan melonjat pada bila-bila masa dari sekarang? Apa tindakan anda sekarang? Tengok sahaja @ start beli silver dari sekarang ? Power in your hands..Hubungi 012-7440061..

Read more...

Teknik Pajak Dalam Pelaburan Emas

Saturday 7 April 2012

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentuk fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.
Salah satu keistimewaan emas fizikal adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% - 70%.
Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.
Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10%, anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam masa 6 bulan.
Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Lihat graf di bawah.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.
Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti ASB,Unit Trust ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan aset anda !!!

Read more...

Mana 1 nak pilih,jongkong emas/perak @ dinar @ rantai emas ??

Friday 6 April 2012

Saya seringkali ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya akui, ketika saya bermula dulu saya membeli semua jenis emas dengan tujuan ingin memiliki semua jenis bentuk dan berat yang ada.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman setelah saya melibatkan diri dalam bidang pelaburan ini, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor2 ini pula semestinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain.

Jenis - jenis produk pelaburan, berat dan cadangan penggunaannya :

EMAS


1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.

Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Abu mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Abu menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 dan 10g x 1 RM2,000.

Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaj untuk mendapatkn tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.


2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.



Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa, saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.

Pada bila2 masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila2 masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.


3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.



Produk rantai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana2 Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.

Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki.


PERAK



1- Perak Bar 999.9 ~ 1oz, 250g, 500g dan 1000g (1 kg)

Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.

Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI.

Read more...

EMAS dan PERAK merugikan ??

Thursday 5 April 2012

Benar ke emas dan perak merugikan? Posting kali ini saya akan mengupas sedikit sejarah kenaikan harga emas dan perak 10 tahun dahulu.. Jom kita lihat adakah ia sebuah pelaburan yg merugikan ?? Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya.

Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% - 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%.

Jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM500,000.00 pada 2011. Rujuk carta kenaikan seperti di bawah.

EMAS :
2001 = RM 10,000
2011 = RM 500,000


Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 - 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.

Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.

Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% - 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta pada 2011. Wah boleh mendai jutawan senyap dgn hanya menyimpan perak..Rujuk Carta di bawah ini.

PERAK :
2001 = RM 10,000
2011 = RM 1,200,000


Jadi terpulang kepada anda untuk memilih pelaburan yang mana 1...@ mungkin juga anda boleh pelbagaikan pelaburan dengan membeli emas dan perak..Hubungi saya segera untuk membeli emas/perak dan sebagai bonus, saya akan ajarkan kepada anda beberapa teknik menarik dalam pelaburan emas dan perak...


P/s : Jika anda suka dengan blog ini,mohon kerjasama anda untuk berkongsi blog ini kepada rakan2 anda yang lain agar mereka juga mendapat ilmu yang bermanfaat dan berguna..Tq

Read more...

Membeli EMAS guna Modal sendiri @ pinjaman ??

Wednesday 4 April 2012

Sebelum anda membeli Emas bagi tujuan simpanan dan pelaburan, adalah amat penting untuk anda mengenalpasti berat dan jenis emas yang hendak dibeli. Sebenarnya, pada saya pemilihan variasi emas ini amat penting dan ianya akan mempengaruhi keuntungan dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Ia juga bergantung kepada faktor sumber asal modal dan tujuan penggunaan pada masa hadapan.



Modal Simpanan

Sekiranya modal yang anda gunakan adalah dari simpanan tunai anda untuk kegunaan masa hadapan, pilihlah variasi berat yang kecil, dimana anda boleh jual emas tersebut untuk mendapatkan sekadar jumlah tunai yang diperlukan sahaja.

Contoh ;

Jika modal simpanan anda berjumlah RM100,000.00, belilah emas 999.9 dalam variasi 10g dan 20g. Tujuannya, sekiranya anda perlukan tunai untuk apa-apa keperluan pada masa hadapan, anda hanya jualkan 1 pc emas 10g sahaja jika tunai yang diperlukan hanya sekitar RM 2,000.00 atau 1 pc emas 20g jika anda perlukan tunai dalam jumlah RM 4,000.00.

Berbanding jika simpanan anda semuanya dalam bentuk 50g dan 100g, sekiranya anda cuma perlukan RM 4,000.00, anda terpaksa menjual emas seberat 50g dan tunai yang anda dapat mungkin sekitar RM 10,000.00. Bermakna ada lebihan RM 6,000.00 yang berkemungkinan besar ia juga akan habis dibelanjakan.



Modal Pinjaman


Ada yang memulakan pelaburan ini menggunakan sumber dari pinjaman tunai, oleh itu pada saya adalah lebih baik dan menguntungkan jika anda menggunakan emas yang dibeli itu sebagai ansuran bayaran balik pinjaman.


Contoh ;


Rujuk jadual bayaran balik pinjaman peribadi dibawah ini, dan katakan anda membuat pinjaman RM 90,000.00 dengan bayaran balik selama 20 tahun sebagai contoh perkiraan.





Dalam jadual bayaran balik diatas, bayaran balik bulanan untuk pinjaman selama 20 tahun adalah kira-kira RM 770.70 sebulan. Jadi, gunakan saja kesemua amaun pinjaman tadi untuk membeli emas dalam bentuk 1 Dinar. Bermakna, setiap bulan jual saja 1 keping Dinar untuk membayar semula pinjaman tadi.


Paling menarik ialah, bulan pertama jual 1 Dinar dapat RM 777.00 (Harga ketika ini) terus bayar semula pinjaman tadi. Bulan kedua, dengan kenaikan nilai Emas jual 1 Dinar dapat pula RM 790.00 dan bayar kesemuanya untuk bayaran balik pinjaman tersebut, bermakna anda sentiasa membayar jumlah yang lebih dari kadar yang sepatutnya, sedangkan jumlah Emas yang anda jual setiap bulan sentiasa sama.


Ini membuatkan pinjaman anda akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat disamping dinar Emas anda masih lagi berbaki dalam simpanan dan ini bermakna anda mendapat dinar Emas itu secara percuma. Justeru, jangan takut meminjam untuk membeli Emas, kerana anda tiada masalah untuk membayar semula pinjaman itu.


Jika pinjaman anda tadi dipotong dari gaji, tunai hasil jualan Dinar tadi ambil sekadar jumlah potongan sahaja untuk anda gunakan bagi menampung semula potongan tadi, selebihnya bayarkan terus kepada bank sebagai bayaran tambahan kepada pinjaman anda tadi.

Read more...

Nak simpan duit di ASB @ tukar jadi EMAS ??

Wednesday 28 March 2012


Seorang sahabat ada bertanya dgn sy, beli emas kemudian pajakan. Dan duit pajakan itu simpan di ASB. Apa kah cara ini boleh menjana keuntungan dari kenaikan emas dan dividen dari ASB itu? Sy cuba buat pengiraan seperti dibawah.


1- Katakan anda ada duit RM15,600 di ASB. Dan jika disimpan dlm masa setahun, anda akan perolehi RM1,248 jika kadar dividenya 8% setahun

2- Jika duit ini anda tukar dan beli emas 100gm dan nilai emas semasa ketika itu katakan RM15,600. Kita anggarkan kenaikan emas 18% setahun (ambil kenaikan tahun 2010). Genap setahun, nilai emas anda ialah RM18,408, bertambah RM2,808

3- Oleh kerana anda khuatir menyimpan emas dirumah, dikhuatiri hilang dicuri, anda simpan/pajak di Ar-rahnu sebagai peti simpanan anda. Kadar emas anda di nilaikan oleh Agro Bank ialah RM165 per gram (kadar semasa, sy genapkan). Anda akan diberi pinjaman 70% bersamaan RM11,550 dari nilai emas anda RM16,500. Kadar upah yg anda perlu bayar utk 12 bulan ialah RM1,485 bersamaan 12.85% setahun

4- Duit yg anda terima sebanyak RM11,550 anda simpan di ASB. sebagai pelaburan. Bila genap setahun anda akan perolehi dividen RM920.

Setelah genap setahun, anda keluarkan duit anda RM11,550 dari ASB dan bayar upah simpan dan tebus kembali emas anda. Anda akan perolehi :

- Untung kenaikan emas 100gm anda sebanyak RM2,808
- Dividen ASB RM920

Jumlah keuntungan anda ialah RM3,728. Setelah di tolak upah simpan emas di Ar-rahnu RM1,485, jumlah keuntungan bersih yg anda perolehi ialah RM2,243.

Kesimpulannya :
1. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu disimpan di ASB, ia akan mengurangkan keuntungan anda.
2. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu dibelikan emas, simpanan emas anda bertambah dan anda perolehi keuntungan diatas kenaikan emas tambahan anda itu.
3. Jika anda ingin jadikan Ar-rahnu sbg peti deposit simpanan emas anda, adalah lebih baik anda sewa 'peti deposit' di bank yg kadar sewanya lebih murah serendah RM100 setahun berbanding dgn upah simpan yg perlu dibayar lebih kurang 12% setahun di Ar-rahnu.




Sekiranya anda rasa anda tidak dpt mendisplinkan diri dgn menyimpan duit dibank/ASB kerana dikhuatiri anda 'terguna' duit simpanan itu, adalah lebih selamat dan lebih baik ditukarkan simpanan anda kpd simpanan emas. Duit ditangan/bank amat mudah untuk dikeluarkan pada bila2 masa. Kebarangkalian utk anda menggunakan duit itu mmg ada.

Sebagai contoh katakan, anda ada RM15K dibank. Anda 'terguna' duit anda sebanyak RM5K. Bermakna, nilai duit anda dibank kini RM10K saja. Untuk anda kumpul semula RM15K, katakan anda simpan RM500 sebulan, dlm masa 10 bulan baru duit anda terkumpul RM15K kembali.

Berlainan pula jika anda ada emas ditangan yg bernilai RM15K. Anda pajakan (Ar-rahnu) sebanya RM5K utk kegunaan anda, dan tebus kembali dlm masa 10 bulan. Ketika anda tebus emas anda itu, nilai emas anda bukan lagi RM15K. Mungkin ketika itu nilai emas anda sudah menjadi RM16K atau mungkin juga lebih. Berbanding dgn duit anda....nilainya tetap RM15K.

Read more...

Manipulasi pajak gadai ??

Pada yang ingin menggunakan teknik "rolling" atau popular juga dengan istilah "merempit emas", terdapat dua teknik yang boleh digunakan, dengan memanipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal &masukkan ke dalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
 TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
  • Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
  • Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
Namun,teknik ini mempunyai sedikit kelemahan yang mana anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik.
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan

Read more...

Bagaimana nak buat untung dgn EMAS ???

Assalamualaikum..

Ramai yg menghubungi saya bertanya, bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.
Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...
”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”
”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”
”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.
Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas
Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.

CARA 1 : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.
Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.
Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.
Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.
Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14500. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm4500 sahaja .


CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)
Modal :
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Minimum 20gram (Contoh untuk emas Public Gold)
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,
Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.
Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.
Pelabur yang mempunyai discipline yang kuat
Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan

Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3170)
Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank. (rate emas 999.9=rm165.8/g)
Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3316 x 70% = Rm2300)
(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)
Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1950)
Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm650 x 3 = Rm1950)
Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1355 (rate emas 916=rm151.9/g)
Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1300)
Duit hasil pajakan Rm1355 tu anda boleh beli emas lagi 1Dinar sebanyak 2 keping.
Dan simpan.
Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).
Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.
Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3170, anda boleh memiliki emas bernilai RM6420.
Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..
Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu.....sila hubungi saya 012-7440061 untuk share info.



CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...
Modal :
Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan Rm 20k
(Walaubagaimanapun jika anda berminat nak jadi Dealer tapi tak cukup modal, anda boleh menghubungi saya di 012-7440061..saya ada cara untuk anda)
Jenis Pelabur :
Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.
Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan
Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak Rm20k dalam satu resit.
(Jika berminat boleh call saya 012-7440061 untuk penerangan)
Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.
Komisyen
Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan mendapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%.
Spread yang rendah.
Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan spread yang ditetapkan oleh PG..
Contoh : Pelanggan Biasa spread 6%
Sebagai Dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%
Oleh itu Spread sebenar anda sebagai Dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%
Dengan spread yang kecil anda memiliki peluang yang agak banyak dan luas unutk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan.
Apa-apa pun penerangan yang diberi diatas adalah atas pandangan saya dan relevan pada masa Blog ini ditulis (15th Mac 2011) .
Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, anda boleh la menghubungi saya di 012-7440061

Read more...

Ragam Manusia

Tuesday 27 March 2012


2 org daripada 10 org yg sy temui dan tawarkan peluang menjana keuntungan melalui pelaburan dan perniagaan emas, akan memberikan jwpan :

"Aku tak minat la.."

Sy hairan, hasil kajian sy, individu spt ini ialah mereka yg suka sgt mencari2 peluang, seringkali bertnyakan kalau2 ada peluang baik yg boleh dikongsi bersama...

Dan individu seperti ini jugalah yg selalu merasa jaki jika melihat org lain berjaya mencapai sesuatu sdgkn dirinya yg sntiasa mencari peluang masih belum pernah merasakan apa2 hasilnye...

Mengapa?

Kerana apabila dihidangkan dgn peluang, mereka akn menolaknya baik secara halus (fikir dulu) atau terang2an (takpela..x minat).

Sekali lg sy kehairanan,
Adakah melindungi nilai harta sendiri memerlukan minat?
Adakah menambah pendapatan memerlukan minat?
Adakah mengelakkan hasil titik peluh sendiri hilang begitu shj ditelan arus inflasi juga memerlukan minat?

Cuba fikir secara rasional, adakah anda membayar premium insuran bulanan disebabkan anda minat dgnnya? sudah tentu krn anda inginkan perlindungan drpdnya jika berlaku apa2 kpd anda..

Tp tahukah anda dgn membeli emas, sbnanrnye anda telah "Menginsuranskan" nilai harta anda?

Insurans kemalangan yg anda byr setiap bulan itu hanyalah sbgai persediaan jika berlaku kemalangn kpd anda, tetapi ianya hanyalah sbgi persediaan, bermakna belum tentu ianya berlaku, dan kebarangkalian utk ianya berlaku masih boleh diminimumkan oleh anda sendiri.

Tetapi inflasi atau penyusutan nilai wang berlaku saban tahun!! Confirm!! No doubt!
Justeru mengapa anda tidak menginsuranskan nilai harta dan wang anda??

Anda menginsuranskan perkara yg belum berlaku, tetapi tidak menginsuranskan perkara yg sudah pasti berlaku, adakah tindakan itu bijak?

Read more...


Posting kali ini saya ingin menunjukkan kelebihan Dinar emas yang mana mungkin kita anggap kadar kenaikannya hanyalah sedikit. Harga untuk 1 dinar emas pada tarikh 13 Mac 2011 ialah RM 655 dan cuba anda lihat harga 1 dinar emas sekarang di tepi blog.

Fakta :
Pelaburan permulaan : RM 13,100 (20 pcs x RM 655)
Kadar kenaikan emas : 34.7% setahun (rujuk http://www.bnm.gov.my/)
Kadar  inflasi emas : 0%
Kadar zakat emas : 2.5% setahun (nisab 85g setahun dalam pegangan)

*Saya bundarkan kpd 30% stahun,agar mudah untuk dikira..


*Ini hanya perkiraan kasar,harga dan peratus kenaikan boleh berubah berdasarkan pasaran.

Daripada jadual di atas,jelas menunjukkan pelaburan awal anda yg bernilai RM 13,100 tadi telah melonjak kepada RM 234,764 dalam masa 10 tahun sahaja dgn kadar kenaikan tahunan bersih 26.75%.

Ini bermakna anda boleh memperolehi keuntungan bersih RM 197,648 dlm masa 10tahun @ purata sebanyak RM 19,764 setahun.

Seronokkan dapat keuntungan mcm ni..
Jadi apa tunggu lagi,hubungi sy di talian 012-7440061 utk tempah dinar anda sekarang !!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP