Powered by Blogger.

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Emas VS Bon,mana anda nak ??

Wednesday, 9 November 2011

Bayangkan anda memberi pinjaman kepada orang. Dalam kes ini anda memberi pinjaman kepada sebuah institusi.
Dan anda diberi "jaminan" bahawa anda akan mendapat peratus tertentu dalam tempoh yang dinyatakan. Biasanya anda akan mendapat 2% sampailah 15% setiap tahun. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ini caranya:


Tapi bayangkan, kalau kadarnya ialah 2% setahun... anda perlukan 15 tahun untuk dapatkan 30%.
Dan berapa nilai inflasi tahunan negara? 2%, tambah atau tolak (biasanya tambah).
Nilai duit 2% itu hilang begitu sahaja. Kurang adalah.
Dengan kata lain... TAK BERBALOI!
Tapi nasib baik nilai inflasi turun dan naik, jadi pelaburan anda ke dalam bon boleh selamat...sedikit.
Kalau anda boleh berpuas hati dengan pulangan 0.7 sehingga 0.85 setahun, bon mungkin pelaburan untuk anda.

Berikut ialah peratus inflasi negara daripada 2007 sampai 2011.


Ingat, perlaburan emas fizikal bukanlah perlaburan skim cepat kaya, saya tidak menawarkan sebarang skim cepat kaya kepada anda.
Kalau anda tak berminat dengan emas, tapi nak beli perak (sebab murah), anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

Read more...

Emas VS Hartanah,mana terbaik ??

Untuk melabur dalam hartanah anda memerlukan puluhan ribu ringgit untuk bermula.
Anda juga perlu tahu sebelum anda melabur adakah keadaan ekonomi, keadaan sekeliling
hartanah tersebut, berapa ramai orang berminat dengan kawasan itu, jarak antara tempat itu
dengan pusat bandar, dan jarak antara tempat itu dengan kemudahan seperti kedai-kedai dan
sebagainya.
Ini tidak termasuk cukai pintu, cukai tanah, peguam, dan lain-lain kos yang dikaitkan dengan
pembelian hartanah.


Jangan salah faham: hartanah merupakan pelaburan YANG AMAT BAIK dalam jangka masa
panjang.
Saya sendiri berminat dengan hartanah. En. Azizi Ali menjual beli hartanah.
Dalam pelajaran akaun (tingkatan 4) hartanah juga diletakkan dalam bahagian aset dan
bukannya liabiliti.
Kenapa? Sebab ianya, dalam jangka masa panjang akan meningkat nilainya (selalunya, ada
juga masa harga hartanah turun!). Sesuatu tempat, terutama sekali di Malaysia akan dibangunkan
tidak kira siapa yang memerintah. ahli perniagaan akan memikirkan cara untuk memajukan sesuatu
tempat dan akan mencari jalan untuk membangunkan tempat itu.
Sebab itulah anda dapat lihat banyak property developer di bandar-bandar di Malaysia.
Mereka berminat untuk membangunkan di Malaysia.

Dengan berfikir seperti ahli perniagaan, mereka akan memastikan pelaburan mereka
membuahkan hasil.
Tapi untuk memegang hartanah terlalu lama juga mempunyai risiko tersendiri. Kita tidak
mempunyai duit pusingan untuk dilaburkan. Jika kita menyewakannya pun, selalunya payah untuk
anda membayar kembali wang yang anda gunakan untuk membeli hartanah anda itu.
Tapi jika anda ingin membina dana sedikit demi sedikit untuk masuk ke dalam pasaran
hartanah, emas boleh menjadi pembuka jalan untuk anda.
Anda perlu tahu bagaimana untuk membahagikan duit masuk yang anda dapat untuk
mempelbagaikan sumber pendapatan.
Emas, hartanah, "precious metals", dan lain-lain boleh menjadi jalan untuk anda mendapat
kebebasan kewangan yang anda mahukan.

Read more...

Emas VS Fix Deposit, ok x ??

Minat untuk jana pendapatan perlahan? Cuba fixed deposit.
Kita mulakan dengan contoh mudah. Dengan menggunakan carta peratus fixed deposit yang
ditawarkan oleh Maybank.

Carta di bawah datang daripada Maybank Fixed Deposit.

Jika anda menyimpan sehingga 60 bulan (5 tahun), anda akan mendapat 18% total.

Contohlah anda masukkan RM5,000 setiap tahun dalam akaun itu.
Dengan interest rate sebanyak 3.6%, anda akan mendapat RM27,833.15 total. Peningkatan sebanyak RM 2,833.15 (anda simpan RM25,000).

Tapi cuba kita ambil 5 tahun berturut-turut emas. Jika anda beli satu bar emas pada harga
RM3015.00 (20 gram), dengan menggunakan jumlah peratus naik pada tahun 2009 (25.04%), dan
setiap tahun anda melabur sebanyak itu untuk 5 tahun, nilai terkumpul anda boleh mencapai
sehingga RM31,272.05.
Anda perlu labur RM15,075 sahaja.
Tapi emas mana ada compounded interest !!
Haha. Itulah. Menipulah kalau saya guna compound interest calculator kan untuk emas?
Sebab emas tidak ada compound interest.
Ianya sesuatu yang anda beli dan pegang.
Jadi kalaulah anda dah beli emas pada harga RM15,075, berapa banyakkah yang akan anda
dapat daripada 25.04% setahun, untuk 5 tahun?
Jawapannya ialah: peningkatan sebanyak 125.2% dalam nilai... dan penambahan sebanyak
RM 18,873.90 ke atas pelaburan anda.
Secara total, anda akan dapat RM15,075+18,873.90 = RM33,948.90
Boleh tahan. Pelaburan sedikit untuk pulangan yang jauh lebih banyak daripada cara konvensional.


P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

Read more...

Emas VS ASB,mana nak pilih ??

Hari ini saya ingin bercakap tentang ASB vs Emas. Saya akan menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik.
Sebelum itu saya ingin tunjukkan sejarah dividen ASB yang mana dari tahun ke tahun jumlah dividen yang di berikan semakin menurun nilainya. Jadi apa jaminan ia akan meningkat untuk 5 tahun akan datang ??

Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.
Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%

Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31%
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%

Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali ganda perbandingan.

Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.

Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik. Walaupun ASB dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi pulangan negatif sehingga 2010. Walaupun harga emas kadang kala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil keuntungan daripada kenaikan harga.

ASB pula diurus sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional dan kerajaan mahu ASN memberi pandangan positif tentang pengurusan wangnya dalam ASN. Jadi itu salah satu sebab pulangan 99% positif.

Emas pula meningkat 5 tahun kebelakangan ini kerana pelabur mula perasan tentang kelemahan wang fiat. Wang kertas yang mempunyai nilai berdasarkan kata kerajaan (atau bank pusat).
Jadi mereka melabur dalam emas sebagai pelindung kewangan jika wang fiat sudah tidak dipercayai lagi (salah satu sebab kegagalan wang ialah hilanganya kepercayaan orang ramai terhadap wang tersebut).

Dengan China terburu-buru menyimpan dan membeli emas (sebenarnya China mempunyai simpanan emas terendah dunia), tak hairanlah China sekarang salah satu pembeli emas terbanyak dunia, di belakang India (pengguna emas paling banyak di dunia).

Itu salah satu sebab kenapa emas diminati sekarang. Orang ramai mempercayainya sebagai agen pelaburan
jangka panjang. Walaupun pulangannya tinggi, ianya juga dipercayai. ASB pula sentiasa positif kerana kerajaan perlu memaparkan imej bahawa mereka pandai menguruskan wang (dan memang betul kerajaan pandai uruskan pelaburan ASN).

Jadi anda boleh pilih salah satu pelaburan di atas. Satu mendapat kepercayaan orang ramai (di seluruh dunia, termasuk kerajaan  Malaysia sendiri). Satu mendapat kepercayaan kerajaan sebagai agen pelaburannya.

Anda hampir pasti tidak akan rugi memilih salah satu atau campur kedua-duanya. Tapi untuk jangka panjang (kerana emas dilihat semakin penting), emas pilihan yang menarik berbanding ASB.

Ada orang bertanya kepada saya kenapa saya memilih Public Gold sebagai tempat untuk membeli emas. Ada beberapa sebab. Antaranya ialah "spread" yang rendah. Maybank mengenakan 8% spread, dengan kata lain,
anda dicaj tambahan 8% pada harga pasaran. Tapi Public Gold anda dikenakan 5 sampai 6% spread sahaja.

Tapi yang tarik hati saya sebenarnya ialah harga jongkong emas yang lebih murah. Kalau kat kedai emas, anda kena bayar lebih, tapi kalau dekat Public Gold anda perlu bayar sekitar RM7-RM13 untuk segram. Walaupun pelaburan ni agak mahal, tapi lagi murah berbanding kedai emas lain.

P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

Read more...

Emas VS Stok,mana BETTER ???

Pernah tengok cerita "Kisah Benar" yang disiarkan di TV3? Sekarang rasanya dah tiada lagi
cerita tersebut. Saya masa kecil suka tengok cerita tersebut.
Ianya mengisahkan perkara-perkara b**** (maafkan bahasa saya, tapi memang betul!) yang
dilakukan oleh orang ramai untuk mendapatkan sesuatu dengan cepat... walaupun risikonya banyak.
Salah satu cerita yang ditunjukkan adalah mengenai pelaburan ke dalam stok. Tapi saya lebih
“prefer” untuk memanggilnya perjudian. Biar saya terangkan.

Dalam salah satu episod dalam Kisah Benar, ada satu cerita mengenai seorang lelaki yang
terkena penyakit stok di mana dia akan melaburkan (MEMPERJUDIKAN) duitnya dengan harapan stok
yang dibeli akan meningkat harganya. Ataupun "shorting" yang dilakukannya menjadi.
(Shorting ialah kata pelabur untuk menjual stok yang dipinjam daripada orang lain. Lagi
banyak harga turun, lagi banyak pelabur tu untung kerana dia hanya perlu bayar harga semasa yang
telah turun tu. Shorting kadang-kadang dipanggil sebagai "reverse trading").
Apa pun pasal cerita tu, dia pada mulanya mendapat duit yang banyak. Balik rumah, dia beri
duit kepada isterinya, dan isterinya pelik kenapa dia ada banyak duit. Dan untuk seminggu dua hidup
memang seronok.

Tapi sesuatu yang indah tidak akan indah selama-lamanya...

Dia mula rugi. Ada pelaburan yang gagal. Ada yang dia harap dapat banyak, tapi lain pula
yang jadinya. Duit yang dia buat sebelum ini lesap begitu sahaja. Dia trade on margin (dengan kata
lain, dia "sewa" duit orang lain untuk dapat untung)... tapi dia gagal juga.
Bayangkan kalau dia ada RM5,000. Tapi dia boleh beli saham sampai RM10,000. Kalau dia
untung, dia boleh untung dua kali ganda (walaupun duit dia RM5,000 sahaja) tapi sebab dia boleh
beli saham dua kali ganda lagi banyak, dan kalau dia rugi... dia akan rugi DUA KALI GANDA juga,
sebab dia dah beli saham dengan margin 2:1...
Risiko pelaburan stok biasanya terlalu besar untuk orang biasa. Kita tidak ada masa untuk
mengetahui semua pemboleh ubah yang ada dalam pasaran. Anda mesti pernah melihat, satu berita
sahaja sudah cukup untuk menjatuhkan sesuatu saham.
Stok biasanya membolehkan anda mendapat 10% tahun secara average. Pelabur terkaya
dunia, Warren Buffet mendapat 25% setahun secara purata. Itu ialah pelabur terkaya di dunia. Ada
orang ingat boleh kaya dengan mudah kalau melabur ke dalam stok, itu hanya mitos semata-mata.
Mitos yang wajar dihapuskan serta-merta.
Anda tidak boleh kaya dengan cepat melalui stok. Ada risiko yang anda perlu ambil dengan
stok.
Tapi jika anda tahu sesebuah syarikat itu dari dalam sampai luar dan mahu melabur di
dalamnya, itu perkara yang baik kerana lebih banyak maklumat (betul) yang anda ada, lagi bagus
performance anda dalam syarikat itu.
Anda boleh tahu bila awak patut keluar ataupun biar saham awak meningkat dalam nilai.

Emas?

Bagaimana pula dengan emas? Ianya alternatif yang awak boleh pilih jika awak tidak mahu
mengambil risiko dengan stok.
Sebagai contoh, apabila ada konflik (seperti yang berlaku di Mesir), emas meningkat.
Kenapa?
Sebab mereka merupakan pengimport makanan. Indonesia baru sahaja membeli 800 ribu
TAN (ya... 800,000,000 kilogram!) gandum minggu lepas. Jauh lebih banyak daripada biasa mereka
beli.
Harga makanan akan meningkat, jadi kuasa membeli duit akan mengurang.
Apabila kuasa duit (kertas) mengurang, harga emas akan meningkat.
Dan apabila harga emas meningkat... ianya mungkin di luar capaian anda. Kita tidak tahu
sama ada harga akan melambung tinggi... ataupun hanya beberapa puluh ringgit.


P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

Read more...

Emas VS Unit trust,mana lg UNTUNG ???

Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas. Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua pelaburan
lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.

Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana organisasi akan mengambil
pelaburan anda dan melaburkannya untuk anda. Anda dan organisasi tersebut tertakluk kepada
perjanjian yaang dibuat. Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing. Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melabur dalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.
Setiap unit trust mempunyai prestasi yang berbeza dan itu yang saya kurang minat tentang unit trust. Kita perlu memilih syarikat unit trust yang pandai dalam melaburkan duit kita kalau tidak kita yang akan rugi. Selalunya orang akan melabur duit sedikit demi sedikit ke dalamnya untuk meminimumkan risiko tapi ada yang suka melabur "lump sum" (sekali gus). Saya tak rekomen sesiapa pun melabur semua wangnya sekali gus kecuali yakin tentang keadaan pasaran dan pelaburan yang dibuat.

Saya ada terbaca satu komen menarik di blog kewangan tantang pengalamannya melabur dalam unit trust. B.C. B.C melabur ke dalam unit trust dengan membeli unit trust daripada Public Mutual dan ING pada harga RM100,000. Tapi setelah melabur selama 3 tahun 6 bulan, dia akhirnya bengang dengan prestasi unit trust tersebut. Dia menebus kembali duitnya untuk mendapat RM87 ribu kembali.

Dia hilang RM17 ribu untuk pelaburan tersebut. Dengan kata lain, pelaburan itu tidak
menguntungkan, tetapi merugikannya. Tidak semua unit trust kehilangan nilai semasa kejatuhan ekonomi. Tapi masalahnya terlalu banyak unit trust dan setiap unit trust mempunyai objektif yang menarik. Hampir semuanya memberi "jaminan" dalam pelaburan. Tapi kita tahu tidak ada perkara dalam dunia ini tanpa risiko, termasuklah unit trust. Emas pun ada risikonya, harga emas kadang2 turun mendadak kerana mengalami pembetulan, tetapi secara umumnya, dalam masa jangka masa panjang, harga emas berbanding mata wang fiat akan meningkat.
Bayangkan kalau B.C. melaburkan wang tersebut dalam emas. Daripada lesap RM17k, dia
boleh mendapat, daripada 2008 sampai 2010, lebih kurang:


Jika ditambah semua peratus perubahan emas daripada tahun 2008 hingga 2010, anda akan mendapat: 4.31% + 25.04% + 20.9% = 50.9% peningkatan. Ini lebih banyak daripada kebanyakan jenis pelaburan pasif dalam masa tiga tahun. Jika En. BC ingin menjual emas yang dia ada pada tahun 2010, dia akan mendapat kembali RM157,688.93 bukannya RM87,000 seperti yang dia dapat apabila dia melabur dalam unit trust.

Perbezaan melampau ketara ini kerana unit trust meletakkan pelaburannya ke dalam banyak tempat dan pasti ada pelaburan yang untung DAN rugi. Itulah salah satu strategi yang digunakan oleh pengurus unit trust untuk mengurangkan kos dan honestly, apabila kita memberikan kuasa kepada orang lain untuk melaburkan wang untuk kita, kita akan kehilangan kuasa untuk menentukan masa hadapan kita.

Emas pula? Permintaan emas sedang naik sekarang ini dan tidak akan berhenti sehingga 2014. (Jika China tidak menjumpai sumber emas baru pada tahun itu, China terpaksa bergantung kepada pengimportan emas untuk memenuhi semua keperluan emasnya)
Inilah salah satu sebab kenapa saya kurang berminat dengan unit trust. Bagi saya walaupun unit trust boleh menawarkan peratus lebih baik (kadang-kadang), tapi amat susah untuk mengetahui yang mana satu terbaik. Sebaliknya emas, masih lagi mempunyai peningkatan permintaan. Dan secara umumnya, lagi banyak negara pulih ekonominya, lagi banyak emas yang akan dibeli kerana mahu mengelakkan inflasi ekonomi berlaku.

P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

Read more...

KENAPA Anda Perlu Tukarkan Wang Kertas Anda kepada Bentuk Nilai ??

Thursday, 3 November 2011

Dalam sistem kewangan ketika ini, terdapat 3 jenis wang yang digunakan sentiasa kita gunakan dalam menjalani kehidupan seharian, dimana setiap satu darinya mempunyai peranan dan fungsi penggunaan yang berbeza. Hari ini, diantara faktor utama yang membuatkan kewangan peribadi kita dilanda "Bencana Kewangan" ialah disebabkan oleh pengetahuan tentang kewangan yang amat sedikit sehingga kita tidak menyedari akan kewujudan ketiga2 jenis wang ini, sekaligus membuatkan kita seringkali menyalah fungsi penggunaannya.

3 kategori tersebut ialah :

1- Wang Komoditi - Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).

2- Wang Fiat - Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.

3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.

Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?

Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.

Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi  inilah yang dinamakan Inflasi.


Simpan Jumlah Atau Nilai?

Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.

Harus diingat, kekayaan yang perlu disimpan itu adalah dalam bentuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.

Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.

Wang kertas dalam gambar diatas adalah jumlah yang sama yang saya gunakan untuk ditukar kepada bentuk Wang Komoditi kerana Wang Kertas tersebut adalah untuk tujuan simpanan. Lihat, jumlah Emas yang saya perolehi menjadi sedikit apabila telah ditukarkan dari Wang Fiat kepada Wang Komoditi.

Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM 13,000 pada tahun 2007 boleh membeli 150g emas dan pada tahun 2011, jika anda ingin membeli 150g emas yang sama anda haruslah membayar dengan jumlah sekitar RM 30,000.. WOOOOOOWWWW !!! Menarik bukan..cuba sekiranya wang RM 13,000 itu saya simpan di bank @ ASB,saya hanya mendapat RM 17,000 sahaja...

Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?

Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka  Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula.


P/S : Jika anda sukakan blog ini,mohon kerjasama anda untuk share blog ini kepada kawan2 yang lain,agar mereka semua dapat berkongsi maklumat yang berguna..

Read more...

Teknik SANDARAN Emas !!

Wednesday, 2 November 2011

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi secara "Real Experience", bagaimana konsep yang sahabat saya praktiskan ini, benar2 berhasil dan ternyata memberikan keuntungan kepadanya.

Teknik ini beliau gunakan untuk membuat bayaran Down Payment keretanya yang berjumlah RM 30,000.00 pada bulan 4 yang lalu. Ketika itu, beliau tidak mempunyai tunai sebanyak itu, tetapi  mempunyai Gold Bar 100 gram sebanyak 3 keping yang dibelinya pada bulan Januari pada harga kira2 RM15,000 sekeping.

Jadi, total keseluruhan emas 300 gram tersebut dibeli pada harga RM45,000.00 sahaja. Jadi, untuk membayar Down Payment kereta barunya,beliau cuma perlu memajakkan Gold Bar tersebut di Agro Bank (pada ketika itu pajakan masih diterima) dan hasil dari pajakan tersebut beliau mendapat tunai 70% dari keseluruhan nilai emas itu.

Pengiraannya ialah :


300g x RM150 = RM45,000.00 (Nilai Semasa)


dan beliau mendapat tunai 70% dari nilai semasa, iaitu :


RM45,000.00 x 70% = RM31,500.00


Wang RM30,000.00 tersebut digunakan untuk membayar Down Payment keretanya, dan baki RM1,500.00 akan digunakan untuk membayar upah simpan. Jadi, kereta baru beliau ada, Emas 300g juga masih milik nya!!


Pada Bulan Ogos yang lalu, harga Emas 100g telah pun mencecah RM20,000.00 sekeping!!




Ketika itu beliau menjualkan kesemua Gold Bar tersebut, dan telah mendapat RM60,000.00!!


Pengiraannya :


RM 20,008.00 x 3 = RM 60,024.00


RM 60,024.00 - RM 31,500.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM28,524.00


Di permulaan pajakan tadi,beliau ada tunai berbaki RM1,500.00 dan tunai itu digunakan untuk membayar upah simpan selama 5 bulan bermula bulan 4 sehingga bulan 8. Pengiraannya ialah :


RM 31,500.00 x 0.65% = RM204.75 (sebulan) x 6 bulan = RM1,023.75 (Upah untuk 5 bulan)


Jadi selepas membayar upah, ia masih berbaki RM 476.25 + RM 28,524.00 = RM 29,000.25.


Bermakna, dengan hanya mempunyai RM 45,000.00, dan selepas membayar Down Payment kereta baru berjumlah RM 30,000.00, beliau masih mempunyai tunai berbaki RM 29,000.00, atau dalam ertikata lain Down Payment keretanya tadi cuma RM 16,000.00 sahaja!!


Ajaib bukan? ye, ini lah yang akan berlaku bila anda menyandarkan wang tersebut dengan emas terlebih dahulu. Bayangkan jika beliau membayar tunai kesemua jumlah RM 30,000.00 tersebut, pasti wang RM45,000.00 beliau tadi hanya tinggal RM15,000.00 sahaja.


Anda juga boleh menggunakan konsep yang sama jika ingin membayar sesuatu dalam amaun yang besar seperti membayar Down Payment rumah, membeli kereta, motosikal dan sebagainya, dan ketika ini Gold Bar tidak boleh dipajakkan, maka anda boleh menggunakan konsep yang sama dengan membeli Rantai i-Jewellery pula.


Saya pasti, ramai dikalangan anda yang ingin membeli sesuatu dengan bayaran tunai sebagai Down Payment ketika ini, jadi jangan lupa sandarkan dahulu ya! hubungi saya untuk membeli Emas sebagai sandaran anda!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP