Tukar kepada NILAI
WANG vs EMAS
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr.         Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas         berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar   untuk       jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu         berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada         pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai         mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis         kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai         kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan  nilai        sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia  sebuah     logam    berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin         kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi  dan        berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang  sedang     melanda    ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika         ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas  Genneva        Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia         dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan         Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia         (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan         syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan         sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan  belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu         ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini    satu      auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara         menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang  kemas,        syiling emas) adalah dari sudut keuntungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)
0 comments:
Post a Comment