Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Kaedah Kembangkan simpanan Emas/Perak tanpa Arrahnu !!

Tuesday 27 December 2011



Sekali lihat gambar di atas, kalau kita tiada ilmu, maka memang tidak faham apa yang cuba digambarkan oleh rakan saya ini. Jadi saya beri sedikit penjelasan berkenaan dengan gambar di atas.

Apa yang anda lihat adalah Nisbah 1oz Emas/Perak sepanjang tahun ini. Rekod beliau ini merupakan rekod yang penting sekiranya anda ingin memanipulasi emas dan perak anda tanpa melakukan teknik pajakan ar rahnu langsung. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran melihat nisbah emas dan perak. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi newbie dan juga jika kita mempunyai modal yang terhad untuk menambah emas dan perak kita. Jadi daripada kita membeli dan simpan sahaja, jika kita dapat mengetahui dan menguasai kaedah ini, maka simpanan emas dan perak kita menjadi subur dan dapat diperbanyakkan dengan kos yang sedikit.

Lihat pada baris ke-4 iaitu Nisbah 1oz Emas : bilangan oz Perak. Jika anda lihat column AVG (average) pada bulan Disember, nisbah 1oz Emas dengan 1oz Perak paling besar. Secara kasarnya jika anda memiliki 1oz Emas sekarang, ianya bersamaan dengan 53.90 oz Perak.

Bagaimana ingin menggunakan kaedah ini bagi menyuburkan simpanan emas dan perak anda sepanjang Bull Market ini? Senang sahaja kaedah ini, Sebagai contoh kasar :

(Rujuk column AVG)

1. Anda membeli 47.76 oz Perak pada bulan Januari, ianya bersamaan 1 oz Emas

2. Pada bulan April, apabila nisbah semakin mengecil, anda jual 35.12 oz perak dan anda dapat 1oz emas. Anda memiliki lebihan oz Perak ditangan sebanyak 12.64oz. Anda simpan keduanya dan tunggu ratio yang makin besar.

3. Pada bulan Disember, ratio semakin besar, anda menjual pula 1oz Emas dalam tangan anda tadi dan anda akan mendapat 53.90 oz Perak. Jumlah Perak di tangan anda sekarang adalah 53.90oz + 12.64oz = 66.54oz. Sekarang anda dapat lihat yang simpanan silver anda makin subur. Simpanan silver anda makin subur dengan pertambahan sebanyak 18.78oz, bersamaan 39% peningkatan.


* Mungkinkah ratio yang kecil seperti bulan April yang lalu boleh kita temui lagi tahun 2012 nanti??? Rakan Saya Tokey SilverGold menggelarkannya Tragedi April :-) so marilah kita sama2 melalui tahun 2012 nanti bersama2 dalam pelaburan emas dan perak fizikal ini dan jangan lupa jenguk2 ratio emas/perak ni.. Saya berdoa agar ratio seperti itu muncul lagi tahun hadapan :-)..Amin.


Anda boleh ke link di bawah untuk melihat ratio emas/perak.


http://stockcharts.com/h-sc/ui?s=%24gold%3A%24silver
 

Ini merupakan pengiraan kasar tanpa mengambil kira spread emas dan perak kerana saya mengira direct penukaran emas dan perak bagi memudahkan anda memahami konsep ini. Jika anda menggunakan teknik ini dalam realiti, anda perlu mengambil kira kos spread,premium dan kos-kos lain dalam melaksanakan teknik ini. Anda mungkin perlu menambah sedikit kos bagi memenuhi syarat teknik ini. 


Teknik ini juga boleh digunakan untuk menyuburkan simpanan emas kita. Caranya secara kasar apabila ratio semakin mengecil kita mula dengan membeli 1oz Emas dan apabila ratio menjadi besar, kita jual 1oz emas tadi dan beli silver dan apabila ratio kembali mengecil kita jual silver tersebut dan  beli emas kembali. Kita akan mendapat emas dan lebihan perak di tangan Insyaallah semakin lama lebihan perak tadi jika kita kumpul mampu ditukar dengan 1oz emas juga, maka makin subur dan bertambahlah emas kita.

*Credit pic TokeySilverGold

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP