Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Bila & Bagaimana UNTUNG melalui SILVER ???

Monday 17 October 2011

Menyimpan atau menabung  adalah dua perkataan yang semacam memberi makna yang sama. Tetapi  hakikatnya  menabung memberi makna yang  kita berhajat menyimpan secara berterusan. Kalau menyimpan mungkin satu aktiviti yang dilakukan sekali sahaja.Ya,  menabung adalah untuk hajat menyimpan secara jangka panjang, misalnya  untuk  menunaikan fardhu haji.

Musuh utama tabungan ialah inflasi. Inflasi menjatuhkan kuasa beli kita pada jangka panjang. Jika hari ini untuk menunaikan fardhu haji,   kosnya ialah RM 10,000.00 tetapi pada lima tahun akan datang ialah RM 15,000.00. Maka strategi kita ialah menabung wang di satu tempat yang boleh menjana wang kita menjadi RM 15,000.00 pada lima tahun akan datang. Kalau kita menabung di institusi kewangan pada masa kini, lazimnya, pulangan  tahunannya ialah antara 3 hingga 10% sahaja. Maka jumlah tabungan kita akan menjadi sekitar RM 15,000.00 pada lima tahun akan datang.  Bagi penyimpan perak pula, dengan nilai perak RM10,000.00 sekarang, dijangka nilainya akan menjadi antara RM 20,000 ke RM 40,000.00 pada lima tahun kan datang. Anda tidak perlu memindahkan semua wang anda menjadi perak tetapi cukuplah sekadar 20% dari wang yang sedia ada. Ya, manalah tahu jika RM 2,000 yang anda jadikan perak itu akan menjadi RM 10,000.00 pula.

Orang bijak adalah orang  menggunakan sumber yang sedia ada untuk menjana wang. Jika  tidak,  anda kena bekerja keras melebehi 8 jam sehari. Atau jika anda "know who"', anda bisa melobi projek ratusan juta dari kerajaan.

Ya, prestasi perak adalah meningkat sebanyak 850% sejak 10 tahun lalu. Kita bercakap tentang rekod lalu. Rekod lalu adalah salah satu petunjuk utama untuk memilih pelaburan masa depan. Oleh kerana ASB memberi pulangan  tahunan  anatara  7 ke 9% sejak 10 tahun lalu, maka May Bank dengan yakinnya memberi pinjaman 100% kepada sesiapa sahaja  yang mahu membeli ASB.  



Dalam perniagaan dan pelaburan ada untung dan ruginya. Soalnya bila dan bagaimana untung?  Lain perniagaan lain cara  kiraan untung ruginya. Dalam pelaburan  pun lain cara kiraan untung rugiya.

Contoh untung dalam perniagaan biasa : Kita beli sesuatu produk RM 100 dan menjual semula RM 120.00. Maka kita untung RM 20.00.

Contoh untung dalam pelaburan saham: Kita beli saham MAS yang disenarai di Bursa Saham pada harga  RM 4.00 seunit. Bia  naik RM 4.50 kita pun jual. Maka untung RM 0.50. Biasanya minima saham kita beli dan jual semula  ialah sebanyak 1,000 unit. Maka jumlah untung kita  RM 500.00. Ketika kita memegang saham, jika ada untung tahunan, maka kita dapat dividen pula. Pemilik saham di BSKL, sentiasa memantau harga saham untuk menjual semula sahamnya bila naik. Nasib tak baik, harga saham saham  dok jatuh sahaja. Maka pemain saham di BSKL akan membeli banyak jenis saham, bukan sekadar satu syarikat sahaja sebagai potfolio pelaburannya.

Bagi pemegang emas   dan perak  lazimnya akan memegang produk ini   lebih setahun.  Mungkin antara 3 ke 5 tahun. 10 tahun lagi bagus. Jika hari ini kita beli perak pada harga RM 4,000/kilo dan pada 5 tahun akan datang kemungkinan akan naik pada harga RM 8,000 sekilo - maka kita akan untung RM 4,000  jika kita  menjual semula perak tersebut. Keuntungan ini dipanggil keuntungan modal atau capital gain

Perniagaan yang dikaitkan dengan keuntungan modal adalah seperti  pemilikan rumah, pemilikan saham, barangan antik, lukisan  dan tanah.

Hanya perak sahaja sejenis aset yang paling murah pelaburannya untuk kita mendapat keuntungan modal. Malah dikatakan tinggi pula pulangan keuntungab modalnya. Ya, serendah RM 120.00 sudah layak memiliki 20 gram perak. Mulakan simpanan anda melalui pemilikan perak. Dan paling penting menurut rekod sejarah secara jangka panjang, harga perak  terus menaik. Kalau jatuh pun sekejap sahaja untuk menaik semula. Hati tak risaulah!!

Read more...

Potensi Masa Hadapan SILVER !!!

Penduduk dunia dikatakan berjumlah 6.6 bilion orang.

Emas terkumpul di atas muka bumi dikatakan berjumlah 2.2 bilion auns.

Perak terkumpul di atas muka bumi dikatakan berjumlah hanya 0.4 bilion auns sahaja.

Nisbah antara penawaran dan permintaan perak ialah: 1:14  berbanding dengan emas 1:3.


Maka tidak hairanlah jumlah kenaikan harga  perak mengatasi kenaikan harga emas pada 10 tahun lalu iaitu 850%!!!!

Simpanan emas di  muka bumi menaik dari 1 biliion  auns pada 1950 ke 7 bilion auns pada 2011. Kenaikan   7 kali ganda.  Tetapi simpanan perak di muka bumi semakin menurun dari 10 bilion auns pada 1950 ke  700 juta auns sahaja. pada 2010.  Kejatuhan 9 kali ganda!!.    Maka, tidak peliklah jika kadar kenaikan harga perak melebehi 850%  berbanding dengan emas sebanyak 500%.

Sebab utama manusia atau negara menyimpan logam (emas, perak atau tembaga) berbanding  dengan wang adalah kerana logam bersifat tegar inflasi. Logam semakin berkurangan di dunia dan semakin tinggi permintannya.

Wang RM 1,000 yang kita miliki hari ini, akan menurun nilainya pada masa hadapan. Jika sekarang RM 1,000 boleh membeli sebuah set kerusi tetapi 5 tahun lagi mungkin anda memerlukan RM 2,000 untuk membeli kerusi set yang sama. Sebaliknya jika emas atau perak yang bernilai RM 1,000.00 sekarang, pada 5 tahun akan datang mungkin akan bernilai antara RM 2,000 ke RM 4,000!!!!

Tak mungkin kita menggunakan semua wang simpanan kita untuk memiliki perak atau emas tetapi adalah langkah yang strategik jika kita memperuntukkan 5 atau 10% dari wang simpanan kita dalam bentuk emas  atau perak fizikal agar kita menikmati kenaikan nilainya pada masa hadapan. Bayangkan jika  emas  atau perak kita yang bernilai RM 10,000  sekarang akan menjadi RM 30,000 atau 50,000 pada 10 tahun akan datang. Untung tersebut bolehlah kita berbulan madu  sekali  lagi di Bali...

Jika emas,  anda memerlukan modal awal yang besar  untuk memilikinya.  Kini sekilo emas - harganya sekitar RM 200,000        tetapi       jika perak,  sekitar RM 4,000 sahaja.  Atas alasan itulah, ramai para pelabur mula mencari perak atau silver atau dirham  sekarang!!!!

Anda boleh memiliki perak  secara pasif dengan membeli perak dan menyimpannya sahaja atau menjadi pembeli aktif  dengan sekaligus mengajak rakan lain memiliki perak  juga..

Jarak harga antara emas  dan perak  pada masa kini adalah 1:50, dimana harga emas sekilo ialah RM 200,000.00 dan harga perak  ialah sekitar RM 4,000.00. 

Menurut penganalisis pasaran, jarak harga antara emas dan perak pada masa hadapan ialah sepatutnya pada nisbah 1:2. Dengan ini dijangka harga perak akan melonjak melebehi  harga   emas. Jika 10 tahun lalu, kenaikan harga perak melonjak sehingga  850% berbanding dengan emas sebanyak 517%, maka tidak hairan jika peratus kenaikan harga perak akan terus melonjak mengatasi peratus kenaikan harga emas dalam tempoh 5 tahun lagi!!!!

Disamping emas ada keistemewaan lain, bagi pelabur yang mengharapkan pulangan yang tinggi, maka perak merupakan satu pilihan terbaik masa kini. Mulakan simpanan anda dengan 10g perak sekitar RM 65 shj @ 20g perak  pada harga sekitar RM 120.00 sahaja...

Bminat ingin memiliki dan menyimpan perak ??? Jangan segan silu utk mhubungi sy di talian HOTLINE : 012-7440061

P/S : Sekiranya sy tidak mengangkat panggilan anda,sila tinggalkan mesej...krn sy stiasa dlm keadaan sibuk..Tq

Read more...

Kisah Para Jutawan

Setidaknya sekali dalam hidup – kita pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan yang mempunyai banyak wang. Apakah yang akan anda lakukan jika anda seorang jutawan? Mari kita intip beberapa orang kaya yang paling berhemah di dunia.



Warren Buffett
Jutaan orang membaca buku Buffett dan mengikuti apa yang dilaburkan syarikatnya,  Berkshire Hathaway, dalam setiap gerakan di pasaran saham. Namun rahsia sebenarnya untuk kekayaan peribadi Buffett mungkin kerana tabiatnya untuk berhemah dalam perbelanjaan. Buffett, bernilai sekitar $ 47 bilion, walaupun mampu memiliki rumah mewah dan barang-barang mewah namun dia dan isterinya masih tinggal di rumah sederhana mereka di Omaha, Nebraska yang mereka beli hanya $ 31,500 semenjak lebih 50 tahun yang lalu.

Walaupun dia makan di restoran terbaik di seluruh dunia, sekiranya diberikan pilihan, dia akan memilih burger dan kentang goreng dengan Coke Ceri yang sejuk sebagai minuman. Ketika ditanya mengapa ia tidak mempunyai kapal persiaran, dia menjawab "semua ini hanya umpama rantai yang mengikat leher."


Carlos Slim
Sementara sebahagian besar penduduk dunia mengenali Bill Gates, nama Carlos Slim jarang kedengaran. Tapi anda perlu kenal dengan nama ini. Slim ialah seorang penduduk asli di Mexico dan merupakan jutawan yang terkaya di dunia – lebih tepat lagi dia lebih kaya dari pengasas Microsoft yang terkenal itu. Slim bernilai lebih daripada $ 53 bilion, dan sementara ia mampu memiliki semua kemewahan dunia tetapi dia juga sangat berhemah dalam perbelanjaannya. Dia, seperti Buffett, tidak mempunyai kapal persiaran atau kapal dan dia telah tinggal di rumah yang sama selama lebih dari 40 tahun.




Ingvar Kamprad
Beliau adalah pengasas fenomena perabot dari Sweden, Ikea. Untuk Kamprad, memikirkan cara untuk menjimat duit bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk pelanggannya, itulah prinsip peribadinya yang tertinggi. Beliau pernah berkata "Orang Ikea tidak memandu kereta-kereta mewah mahupun tinggal di hotel mewah." Kata itu kota. Kata-kata itu benar untuk pengasasnya juga. Dia menaiki kapalterbang kelas ekonomi dan ketika dia perlu pergi ke kawasan setempat di bandar, dia akan samaada menaiki bas atau memandu kereta Volvo 240 GL yang telah berusia lebih 15 tahun.




Chuck Feeney
Berdarah kacukan Ireland / Amerika dan dibesarkan di zaman kemurungan sebagai mungkin telah membentuk Feeney menjadi seorang yang berhemah. Dengan motto peribadi "saya keluar untuk bekerja keras dan bukan untuk kaya," beliau adalah salah seorang daripada pengasas syarikat Duty Free Shoppers dengan diam-diam menjadi jutawan dan dengan diam-diam juga menyumbangkan hampir semuanya  melalui yayasannya, Atlantik Filantropi. Selain memberikan lebih dari $ 600 juta kepada Cornell University disamping memberikan jutaan dolar untuk sekolah, jabatan penyelidikan dan hospital.

Tidak suka membuang masa, Feeney mengalahkan baik Buffett dan Kamprad dalam kategori sumbangan, memberikan sumbanganyang kurang sedikit dari Ford dan Yayasan Bill dan Melinda Gates.Seorang pengguna pengangkutan awam, Mr Feeney juga terbang menaiki kelas ekonomi, membeli pakaian dari kedai-kedai biasa dan tidak wang tidak membazirkan wang kepada almari kasut yang luas, Katanya "Anda hanya boleh memakai sepasang kasut pada waktu".Dia mendidik anak-anaknya dengan cara yang sama, menyuruh mereka bekerja di musim panas yang sama seperti kebanyakan remaja lain.

Frederik Meijer
Sekiranya anda tinggal di Midwest Amerika kemungkinan besar bahawa anda akan berbelanja di rangkaian kedai runcit Meijer. Meijer bernilai lebih daripada $ 5 bilion dan hampir setengah dari kekayaan yang dikumpulkannya itu ialah ketika orang mengalami kemeruduman ekonomi pada tahun 2009. Seperti Buffett beliau membeli kereta yang sederhana dan memandunya selama jangkamasa hayatnya. Seperti Kamprad dia memilih motel ketika di perjalanan untuk bekerja.Juga, seperti Chuck Feeney, beliau tidak menghabiskan kekayaannya sebarangan. Mr Meijer fokus kepada kebaikan yang dapat diberikan kepada masyarakat.

Apa yang boleh saya katakan ialah mereka semua punya sifat-sifat yang disarankan Islam ;

·         Membeli apa yang perlu dan bukan apa yang mereka mahu
·         Tidak membuang masa
·         Gigih dan rajin bekerja
·         Menyumbang dan bersedekah
·         Berjimat dan berhemah dalam perbelanjaan
·         Melakukan amal jariah
·         Bersederhana
·         Membawa manfaat kepada yang ramai
·         Dan lain-lain lagi.

Mungkin semua faktor-faktor inilah yang menyebabkan kekayaan mereka semakin bertambah dari masa ke semasa. Mereka sebenarnya membawa manfaat kepada yang ramai dengan memberikan peluang pekerjaan, produk dan perkhidmatan yang digunakan umum, sumbangan yang membantu sekolah, universiti, hospital dan sebagainya.

Sesungguhnya orang yang paling baik adalah orang yang membawa manfaat kepada yang ramai.

Fikir-fikirkanlah..

Apapun segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP