
Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS
Menyimpan atau menabung adalah dua perkataan yang semacam memberi makna yang sama. Tetapi hakikatnya menabung memberi makna yang kita berhajat menyimpan secara berterusan. Kalau menyimpan mungkin satu aktiviti yang dilakukan sekali sahaja.Ya, menabung adalah untuk hajat menyimpan secara jangka panjang, misalnya untuk menunaikan fardhu haji.
Musuh utama tabungan ialah inflasi. Inflasi menjatuhkan kuasa beli kita pada jangka panjang. Jika hari ini untuk menunaikan fardhu haji, kosnya ialah RM 10,000.00 tetapi pada lima tahun akan datang ialah RM 15,000.00. Maka strategi kita ialah menabung wang di satu tempat yang boleh menjana wang kita menjadi RM 15,000.00 pada lima tahun akan datang. Kalau kita menabung di institusi kewangan pada masa kini, lazimnya, pulangan tahunannya ialah antara 3 hingga 10% sahaja. Maka jumlah tabungan kita akan menjadi sekitar RM 15,000.00 pada lima tahun akan datang. Bagi penyimpan perak pula, dengan nilai perak RM10,000.00 sekarang, dijangka nilainya akan menjadi antara RM 20,000 ke RM 40,000.00 pada lima tahun kan datang. Anda tidak perlu memindahkan semua wang anda menjadi perak tetapi cukuplah sekadar 20% dari wang yang sedia ada. Ya, manalah tahu jika RM 2,000 yang anda jadikan perak itu akan menjadi RM 10,000.00 pula.
Orang bijak adalah orang menggunakan sumber yang sedia ada untuk menjana wang. Jika tidak, anda kena bekerja keras melebehi 8 jam sehari. Atau jika anda "know who"', anda bisa melobi projek ratusan juta dari kerajaan.
Dalam perniagaan dan pelaburan ada untung dan ruginya. Soalnya bila dan bagaimana untung? Lain perniagaan lain cara kiraan untung ruginya. Dalam pelaburan pun lain cara kiraan untung rugiya.
Contoh untung dalam perniagaan biasa : Kita beli sesuatu produk RM 100 dan menjual semula RM 120.00. Maka kita untung RM 20.00.
Contoh untung dalam pelaburan saham: Kita beli saham MAS yang disenarai di Bursa Saham pada harga RM 4.00 seunit. Bia naik RM 4.50 kita pun jual. Maka untung RM 0.50. Biasanya minima saham kita beli dan jual semula ialah sebanyak 1,000 unit. Maka jumlah untung kita RM 500.00. Ketika kita memegang saham, jika ada untung tahunan, maka kita dapat dividen pula. Pemilik saham di BSKL, sentiasa memantau harga saham untuk menjual semula sahamnya bila naik. Nasib tak baik, harga saham saham dok jatuh sahaja. Maka pemain saham di BSKL akan membeli banyak jenis saham, bukan sekadar satu syarikat sahaja sebagai potfolio pelaburannya.
Bagi pemegang emas dan perak lazimnya akan memegang produk ini lebih setahun. Mungkin antara 3 ke 5 tahun. 10 tahun lagi bagus. Jika hari ini kita beli perak pada harga RM 4,000/kilo dan pada 5 tahun akan datang kemungkinan akan naik pada harga RM 8,000 sekilo - maka kita akan untung RM 4,000 jika kita menjual semula perak tersebut. Keuntungan ini dipanggil keuntungan modal atau capital gain
Perniagaan yang dikaitkan dengan keuntungan modal adalah seperti pemilikan rumah, pemilikan saham, barangan antik, lukisan dan tanah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment