Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Jadikan EMAS sbg KAD KREDIT ???

Friday, 1 April 2011


Anda mesti rasa lain setelah anda membaca statement di atas. Boleh ke klau nak buat mcam kad kredit ni...Saya akan huraikan satu persatu bagaimana caranya dan rahsia yang terselindug di sebalik emas tersebut sehingga ia boleh menjadi pengganti kad kredit anda tanpa mempunyai susut nilai serta tiada nama akan blacklist di dalam 'cris' dan 'ctos'. Sungguh menarik bukan apabila anda dapat tau ape rahsia yng ade disebalik emas tersebut.

Sebelum bercerita lagi lanjut, kelebihan ini adalah untuk pelabur emas sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai keistimewaan emas. Bagi yang baru hendak berjinak2, anda boleh mulakan sekarang untuk mendapat keistimewaan tersebut. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat manfaat ini.
Sebagai pelabur emas, anda boleh menggunakan emas tersebut sebagai 'ibu duit' untuk kegunaan seharian andai kata anda terdesak ataupun hendak berbelanja lebih sambil mengmbil kira kewangan anda untuk membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, rancanglah perbelanjaan anda untuk menjamin kewangan anda di masa akan datang tiada berlaku kemudaratan.
Kaedah yang akan di beritahu nnti adalah menggunakan Ar-Rahnu sebagai tempat anda mendapat duit untuk berbelanja atau membeli sesuatu. Caranya mudah sahaja, bagi pelabur goldbar anda hendaklah memajak emas anda di Agrobank sahaja dan ambillah pinjaman sebanyak 50%,60% atau 65% sebagai memenuhi keperluan anda. Lagi tinggi anda ambil pinjaman, maka lagi tinggi upah simpan yang akan dikenakan untuk tempoh selama 6 bulan. Bagi pemilik barang kemas anda mempunyai dua pilihan sama ada di Agrobank ataupun di Bank Rakyat untuk membuat pajakan..

Untuk tempoh pinjaman di Ar-Rahnu Agrobank ialah 6bulan+3bulan+2bulan dan selepas itu andai tidak mampu membayarnya, emas anda akan di lelong oleh pihak bank. Anda boleh juga membuat penilaian semula emas anda untuk membuat 'overlap' pada pinjaman anda di sebabkan kenaikan harga emas selepas 11 bulan anda memajak emas tersebut, ini dapat mengelakkan emas anda dilelong oleh pihak bank. Kami akan menceritakan anda suatu kisah dimana seorng pelabur emas telah menggunakan emas untuk membeli sesuatu barang.

Kisah 1

Si Ali hendak membeli TV LCD bersaiz 42" yang berharga RM 3500 sahaja andai beliau membeli secara tunai.Sebagai pelabur emas, Ali telah memajak emas 999 50gm untuk membuat pembelian tersebut.Harga marhum untuk emas 999 di Agrobank ialah RM165. Jadi jumlah marhum untuk emas Ali ialah RM 8250. Ali telah membuat pinjaman sebanyak 50% daripada nilai marhum iaitu sebanyak RM4125 sahaja. Jadi,upah simpan yang telah di kenakan untuk pemajakan tersebut selama 6 bulan ialah Rm247.50 dimana RM0.50 untuk setiap RM100. Andai kata ALi mengambil secara kredit,harga tv tersebut dalah sebanyak RM 4000. Dengan tindakan beliau menggunakan emas sebagai ibu duit, beliau telah membeli secara tunai untuk TV tersebut dan membayar ansuran bulanan selama 6 bulan di Bank untuk penebusan emas semula. Setelah cukup 6 bulan, Ali sudah mendapat kembali emas tersebut dan menyimpan terus dngn baik untuk kegunaan akan datang.

Kisah 2

Si Halim telah membuat perancangan untuk membuat tambahan kabinet dapur di rumah beliau. Kos harga untuk penambahan kabinet ialah sebanyak RM 7000 sahaja. Dengan menggunakan emas 999 sebanyak 100gm, beliau telah memajak untuk membayar kos keseluruhan pengubahsuaian tersebut. Jadi halim telah mendapat pinjaman sebanyak RM 8250 beserta upah simpan sebanyak RM495. Untuk itu, Halim telah menggunakan duit tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran sebanyak RM 700 sebulan. Setelah selepas 6 bulan,Halim tidak berjaya untuk menebus emas tersebut, lalu beliau telah memanjangkan tempoh pinjaman selama 3 bulan selepas membayar upah simpan untuk 6 bulan lepas. Selepas dari itu, Halim juga gagal untuk menebus emas tersebut dan memanjangkan tempoh untuk 2 bulan lg dengan membayar upah simpan untuk 3 bulan pula. Akhirnya,Halim berjaya menebus kembali emas tersebut dan kawasan dapur rumah beserta kabinet baru beliau kelihatan cantik.

Sebagai teladan dari kisah tersebut kita dapat menilai bahawa :

1. Emas boleh dipajak untuk mendapat wang segera melalui pinjaman Ar-Rahnu.
2. Emas boleh membuat kredit dengan sesiapa sahaja untuk pembelian atau perkhidmatan.
3. Dengan emas tersebut, nilai pinjaman kita akan bertambah tinggi jika di buat dari tahun ke tahun di sebabkan kenaikan harga tersebut.
4. Jika gagal membayar pinjaman, anda tiada 'blacklist'.

Bagaimana perasaan anda setelah membaca kisah tersebut,menarik bukan sehingga membuat rumah tanpa membuat pinjaman persendirian. gunakan kelebihan yang anda ada untuk membuat pelaburan emas. Tepuk dada, tanyalah selera....Jika hdk mengetahui lebih banyak lagi ilmu tentg emas,beli minimum 50g emas dari sy,sy akan bongkarkn lebih bnyak lg case2 stdy tentg teknik mjana keuntungan dgn emas...HUBUNGI SAYA SKRG 012-7440061..


Read more...

Apakah RISIKO pelaburan emas ???


Setelah sekian lama tidak meng'update' blog disebabkan terlalu sibuk menyiapkan Projek Sarjana Muda dan menguruskan jualbeli emas scr offline,saya telah mendapat idea untuk membincangkan mengenai risiko pelaburan emas  yang jarang2 dihebahkan. Tujuannya adalah untuk kita sebagai pelabur emas mengetahui risiko yang bakal dihadapi dan mempunyai kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang bakal menjelma sebelum ia berlaku pada diri kita (Risk Assessment). Ingatlah 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI'. 

1. Berlaku musibah yang ditimpa
    - Apabila berlaku kes jenayah ke atas diri kita seperti kecurian,ragut,samun dan rompakan. Dengan berlakunya perkara tersebut kita terpaksa menangung kerugian kehilangan emas tersebut daripada kehilangan nyawa sendiri kerana pelaku jenayah akan tekad membuat sesuatu yang tidak diigini bagi mendapatkan sesuatu.

Cara untuk mengatasi :
Membuat penyewaan peti simpanan (safe deposit box) di bank-bank serta syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Pelbagai bank dan syarikat menawarkan penyewaan peti simpanan tersebut secara sewaan bayaran tahunan beserta dengan insurans untuk melindungi harta2 para pelabur. Jumlah insurans mengikut pada jumlah bayaran tahunan yang dikenakan. Setiap bank dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut mempunyai kadar yuran tahunan yang berbeza mengikut saiz peti dan jumlah insurans yang diambil.
Cara yang tidak digalakkan adalah menyimpan emas-emas yang banyak di dalam rumah sahaja akan tetapi gunakanlah kreativiti anda untuk membuat tempat tersebut agar selamat dan terjamin.

2. Berlaku kerugian apabila menjual emas di kala masa yang tidak tepat.
   - Seorang pelabur menjual emas tersebut untuk mendapatkan wang tunai di kala harga belian lebih rendah daripada jualan. Jika masa yang tidak sesuai untuk menjual emas tersebut kerugian akan diperolehi di dalam pelaburan emas.

Cara untuk mengatasi :
Pelabur perlu mempunyai ilmu asas di dalam pelaburan emas dan antaranya perlu mengetahui terma ataupun istilah yang digunakan di dalam pelaburan emas tersebut.
WE SELL = Harga rujukan untuk membuat pembelian ke atas emas tersebut daripada agen-agen.
WE BUY = Harga rujukan untuk pelabur-pelabur emas membuat jualan emas yang dimiliki kepada agen-agen.
Simpanlah dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas ini di untuk jangkamasa 3 tahun ke atas. Lagi lama kita simpan lagi banyak keuntungan yang diperolehi di sebabkan kenaikan harga emas secara purata sebanyak 25% setahun.
Sebagai seorang pelabur, kita hendaklah memastikan emas yang hendak dijual kepada agen-agen adalah merujuk harga 'WE BUY' dengan melebihi harga yang kita telah membeli dahulu.


3. Terlibat dengan penipuan skim pelaburan emas.
    - Emas adalah bukan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap secara tahunan atau pun bulanan (dividen) kerana keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas semasa. Penyertaan anda di dalam skim pelaburan ibarat menggadaikan kewangan anda untuk masa hadapan di sebabkan pengkhianatan individu tertentu yang mengawal dan menjaga skim pelaburan ataupun tindakan bank negara yang membekukan akaun tersebut setelah didapati menyalahi undang-undang.

Cara untuk mengatasi :
Apabila anda memiliki emas maka anda seorang sahaja yang menjaga dan mengawal penjualan dan pembelian emas tersebut tanpa mengharapkan individu-individu tertentu. Jadi, untuk berlaku penipuan dan pengkhianatan itu tiada kerana anda lah penentu untuk pelaburan tersebut sama ada menjadi rugi ataupun untung.Langkah terbaik anda hendaklah mempelajari ilmu asas mengenai sesuatu pelaburan sebelum menceburinya.

4. Memajak emas fizikal di Ar-Rahnu atau Pajak Gadai Konvensional.
   - Dengan kelebihan pada emas fizikal anda telah menggunakan ar-rahnu untuk membuat pajakan. Kerugian tersebut adalah anda akan kehilangan emas jikalau gagal untuk melunaskan hutang yang telah di berikan oleh pihak bank. Kadang kala jika seseorang itu bermain pajak dan tidak kena pada teknik pemajakan, maka anda akan mengeluarkan sebahagian wang gaji untuk membayar upah simpan dan kenaikan harga emas itu tidak dapat menampung upah simpan tersebut. Bagi yang membuat pinjaman Ar-Rahnu untuk melakukan perniagaan dan di kala kecemasan gagal membayar hutang yang diberikan kerana sifat boros belanja.

Cara untuk mengatasi :
Apabila anda hendak bermain pajak di Ar-Rahnu, sila pastikan emas yang anda hendak membuat modal adalah melebihi 100gm paling minima. Ini adalah kerana jika berlaku perubahan kenaikan harga emas anda akan nampak perubahan harga tersebut berbanding orang yang memiliki 20gm dan 50gm emas. Ibarat yang boleh nampak didalam stock market seperti perbandingan orang yang memiliki 10 lot saham berbanding 1 lot saham.Jika anda mempunyai jumlah unit yang banyak maka anda dapat melihat keuntungan yang besar apabila berlaku kenaikan harga yang sedikit berbanding orang yang mempunyai unit yang kecil. Selain itu, rancanglah perbelanjaan serta pastikan anda mempunyai budget yang cukup untuk menebus kembali emas anda walaupun kelebihan ar-rahnu anda bebas membayar mengikut sesuka hati anda asalkan sebelum tamat tempoh pemajakan emas tersebut.



Perlu diingatkan para pelabur emas ialah, tiada jaminan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk pembelian emas anda sebagai pelaburan.

Dengan risiko-risiko yang telah dinyatakan, maka anda hendaklah perlu berfikir sejenak untuk menangani risiko di atas untuk mendapatkan pelaburan yang selamat dan mendapat pulangan modal yang tinggi.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP