Powered by Blogger.

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Manipulasi pajak gadai ??

Wednesday, 28 March 2012

Pada yang ingin menggunakan teknik "rolling" atau popular juga dengan istilah "merempit emas", terdapat dua teknik yang boleh digunakan, dengan memanipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal &masukkan ke dalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
 TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
  • Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
  • Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
Namun,teknik ini mempunyai sedikit kelemahan yang mana anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik.
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP