Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Teknik SANDARAN Emas !!

Wednesday 2 November 2011

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi secara "Real Experience", bagaimana konsep yang sahabat saya praktiskan ini, benar2 berhasil dan ternyata memberikan keuntungan kepadanya.

Teknik ini beliau gunakan untuk membuat bayaran Down Payment keretanya yang berjumlah RM 30,000.00 pada bulan 4 yang lalu. Ketika itu, beliau tidak mempunyai tunai sebanyak itu, tetapi  mempunyai Gold Bar 100 gram sebanyak 3 keping yang dibelinya pada bulan Januari pada harga kira2 RM15,000 sekeping.

Jadi, total keseluruhan emas 300 gram tersebut dibeli pada harga RM45,000.00 sahaja. Jadi, untuk membayar Down Payment kereta barunya,beliau cuma perlu memajakkan Gold Bar tersebut di Agro Bank (pada ketika itu pajakan masih diterima) dan hasil dari pajakan tersebut beliau mendapat tunai 70% dari keseluruhan nilai emas itu.

Pengiraannya ialah :


300g x RM150 = RM45,000.00 (Nilai Semasa)


dan beliau mendapat tunai 70% dari nilai semasa, iaitu :


RM45,000.00 x 70% = RM31,500.00


Wang RM30,000.00 tersebut digunakan untuk membayar Down Payment keretanya, dan baki RM1,500.00 akan digunakan untuk membayar upah simpan. Jadi, kereta baru beliau ada, Emas 300g juga masih milik nya!!


Pada Bulan Ogos yang lalu, harga Emas 100g telah pun mencecah RM20,000.00 sekeping!!




Ketika itu beliau menjualkan kesemua Gold Bar tersebut, dan telah mendapat RM60,000.00!!


Pengiraannya :


RM 20,008.00 x 3 = RM 60,024.00


RM 60,024.00 - RM 31,500.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM28,524.00


Di permulaan pajakan tadi,beliau ada tunai berbaki RM1,500.00 dan tunai itu digunakan untuk membayar upah simpan selama 5 bulan bermula bulan 4 sehingga bulan 8. Pengiraannya ialah :


RM 31,500.00 x 0.65% = RM204.75 (sebulan) x 6 bulan = RM1,023.75 (Upah untuk 5 bulan)


Jadi selepas membayar upah, ia masih berbaki RM 476.25 + RM 28,524.00 = RM 29,000.25.


Bermakna, dengan hanya mempunyai RM 45,000.00, dan selepas membayar Down Payment kereta baru berjumlah RM 30,000.00, beliau masih mempunyai tunai berbaki RM 29,000.00, atau dalam ertikata lain Down Payment keretanya tadi cuma RM 16,000.00 sahaja!!


Ajaib bukan? ye, ini lah yang akan berlaku bila anda menyandarkan wang tersebut dengan emas terlebih dahulu. Bayangkan jika beliau membayar tunai kesemua jumlah RM 30,000.00 tersebut, pasti wang RM45,000.00 beliau tadi hanya tinggal RM15,000.00 sahaja.


Anda juga boleh menggunakan konsep yang sama jika ingin membayar sesuatu dalam amaun yang besar seperti membayar Down Payment rumah, membeli kereta, motosikal dan sebagainya, dan ketika ini Gold Bar tidak boleh dipajakkan, maka anda boleh menggunakan konsep yang sama dengan membeli Rantai i-Jewellery pula.


Saya pasti, ramai dikalangan anda yang ingin membeli sesuatu dengan bayaran tunai sebagai Down Payment ketika ini, jadi jangan lupa sandarkan dahulu ya! hubungi saya untuk membeli Emas sebagai sandaran anda!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP