Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Kisah Para Jutawan

Monday, 17 October 2011

Setidaknya sekali dalam hidup – kita pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan yang mempunyai banyak wang. Apakah yang akan anda lakukan jika anda seorang jutawan? Mari kita intip beberapa orang kaya yang paling berhemah di dunia.



Warren Buffett
Jutaan orang membaca buku Buffett dan mengikuti apa yang dilaburkan syarikatnya,  Berkshire Hathaway, dalam setiap gerakan di pasaran saham. Namun rahsia sebenarnya untuk kekayaan peribadi Buffett mungkin kerana tabiatnya untuk berhemah dalam perbelanjaan. Buffett, bernilai sekitar $ 47 bilion, walaupun mampu memiliki rumah mewah dan barang-barang mewah namun dia dan isterinya masih tinggal di rumah sederhana mereka di Omaha, Nebraska yang mereka beli hanya $ 31,500 semenjak lebih 50 tahun yang lalu.

Walaupun dia makan di restoran terbaik di seluruh dunia, sekiranya diberikan pilihan, dia akan memilih burger dan kentang goreng dengan Coke Ceri yang sejuk sebagai minuman. Ketika ditanya mengapa ia tidak mempunyai kapal persiaran, dia menjawab "semua ini hanya umpama rantai yang mengikat leher."


Carlos Slim
Sementara sebahagian besar penduduk dunia mengenali Bill Gates, nama Carlos Slim jarang kedengaran. Tapi anda perlu kenal dengan nama ini. Slim ialah seorang penduduk asli di Mexico dan merupakan jutawan yang terkaya di dunia – lebih tepat lagi dia lebih kaya dari pengasas Microsoft yang terkenal itu. Slim bernilai lebih daripada $ 53 bilion, dan sementara ia mampu memiliki semua kemewahan dunia tetapi dia juga sangat berhemah dalam perbelanjaannya. Dia, seperti Buffett, tidak mempunyai kapal persiaran atau kapal dan dia telah tinggal di rumah yang sama selama lebih dari 40 tahun.




Ingvar Kamprad
Beliau adalah pengasas fenomena perabot dari Sweden, Ikea. Untuk Kamprad, memikirkan cara untuk menjimat duit bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk pelanggannya, itulah prinsip peribadinya yang tertinggi. Beliau pernah berkata "Orang Ikea tidak memandu kereta-kereta mewah mahupun tinggal di hotel mewah." Kata itu kota. Kata-kata itu benar untuk pengasasnya juga. Dia menaiki kapalterbang kelas ekonomi dan ketika dia perlu pergi ke kawasan setempat di bandar, dia akan samaada menaiki bas atau memandu kereta Volvo 240 GL yang telah berusia lebih 15 tahun.




Chuck Feeney
Berdarah kacukan Ireland / Amerika dan dibesarkan di zaman kemurungan sebagai mungkin telah membentuk Feeney menjadi seorang yang berhemah. Dengan motto peribadi "saya keluar untuk bekerja keras dan bukan untuk kaya," beliau adalah salah seorang daripada pengasas syarikat Duty Free Shoppers dengan diam-diam menjadi jutawan dan dengan diam-diam juga menyumbangkan hampir semuanya  melalui yayasannya, Atlantik Filantropi. Selain memberikan lebih dari $ 600 juta kepada Cornell University disamping memberikan jutaan dolar untuk sekolah, jabatan penyelidikan dan hospital.

Tidak suka membuang masa, Feeney mengalahkan baik Buffett dan Kamprad dalam kategori sumbangan, memberikan sumbanganyang kurang sedikit dari Ford dan Yayasan Bill dan Melinda Gates.Seorang pengguna pengangkutan awam, Mr Feeney juga terbang menaiki kelas ekonomi, membeli pakaian dari kedai-kedai biasa dan tidak wang tidak membazirkan wang kepada almari kasut yang luas, Katanya "Anda hanya boleh memakai sepasang kasut pada waktu".Dia mendidik anak-anaknya dengan cara yang sama, menyuruh mereka bekerja di musim panas yang sama seperti kebanyakan remaja lain.

Frederik Meijer
Sekiranya anda tinggal di Midwest Amerika kemungkinan besar bahawa anda akan berbelanja di rangkaian kedai runcit Meijer. Meijer bernilai lebih daripada $ 5 bilion dan hampir setengah dari kekayaan yang dikumpulkannya itu ialah ketika orang mengalami kemeruduman ekonomi pada tahun 2009. Seperti Buffett beliau membeli kereta yang sederhana dan memandunya selama jangkamasa hayatnya. Seperti Kamprad dia memilih motel ketika di perjalanan untuk bekerja.Juga, seperti Chuck Feeney, beliau tidak menghabiskan kekayaannya sebarangan. Mr Meijer fokus kepada kebaikan yang dapat diberikan kepada masyarakat.

Apa yang boleh saya katakan ialah mereka semua punya sifat-sifat yang disarankan Islam ;

·         Membeli apa yang perlu dan bukan apa yang mereka mahu
·         Tidak membuang masa
·         Gigih dan rajin bekerja
·         Menyumbang dan bersedekah
·         Berjimat dan berhemah dalam perbelanjaan
·         Melakukan amal jariah
·         Bersederhana
·         Membawa manfaat kepada yang ramai
·         Dan lain-lain lagi.

Mungkin semua faktor-faktor inilah yang menyebabkan kekayaan mereka semakin bertambah dari masa ke semasa. Mereka sebenarnya membawa manfaat kepada yang ramai dengan memberikan peluang pekerjaan, produk dan perkhidmatan yang digunakan umum, sumbangan yang membantu sekolah, universiti, hospital dan sebagainya.

Sesungguhnya orang yang paling baik adalah orang yang membawa manfaat kepada yang ramai.

Fikir-fikirkanlah..

Apapun segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

Read more...

Gandakan aset anda sehingga 100%

Saturday, 20 August 2011

Salam Ceria!

Harga emas semakin meningkat dan ramai jugalah yang terkejar-kejar hendak membeli emas walhal ianya sudah memang mahal.. Ada di antara kita dengar-dengar cakap kawan-kawan yang berprinsip "Kalau tak beli sekarang.. harga emas akan terus naik." Saya dah lama di dalam pelaburan emas, saya tak boleh nafikan yang pelaburan emas boleh dipanggil

"Untung Goyang Kaki Ke-2 Tertinggi"

Aikk!!! Untung apa yang paling tinggi???

Betul-betul tak tahu atau anda semua saja buat-buat tak tahu...
Tahukah anda yang SILVER adalah pelaburan yang membawa pulangan yang paling tinggi iaitu rekod tahun lepas iaitu lebih 100% berbanding emas sekitar 37%...

Lagi satu, saya memang galakkan kepada pelabur baru yang modal tak banyak macam saya ni, kita bermula dengan silver....

Sebab apa pilih silver?
Sebab harga silver masih murah dan duit saya pun dah habis... (ketawa) Silver pada saya masih mampu dimiliki oleh 80% pelabur kelas pertengahan di Malaysia...

1 oz = RM140 -RM150
1 bulan belilah 1 oz sahaja... ikut kemampuan, tak pun rembat 250g/500g atau 1kg terus...

PROMOSI EBOOK

EBOOK "PELABURAN SILVER FIZIKAL DI MALAYSIA"

    Apa yang anda boleh dapat melalui Ebook ini adalah ilmu bagaimana anda boleh menggunakan minimum wang tetapi boleh GANDAKAN SILVER simpanan sedia ada
    Ebook ni akan tunjuk timing yang terbaik untuk membeli dan timing untuk STOP BELI SILVER (timing stop beli? kenapa nak stop pulak? haaaa... kena dapatkan ebook baru tau!)
    Ebook ni tunjuk macamana anda boleh kurang spread jualan dari 15% - 20% jadi 3% - 4% je. Tak percaya? Memang senang sangat caranya.
    Yang paling penting sekali, anda akan dapat full-support selepas membeli supaya kita boleh berkembang bersama dalam pelaburan ni.

Tak payah cerita banyak-banyak la, dapatkan ebook silver sekarang : KLIK SEKARANG !!!

Read more...

Teknik LEVERAGING

Monday, 18 July 2011

Tahukah anda menggunakan teknik leveraging ?? Teknik ini baru sy fahami dari seorg mentor jutawan yg sy kagumi..Saya bg contoh mudah..Andaikan anda ada RM 100,000 tp boleh menghasilkan pulangan yg berbeza..

Pilihan 1 (keuntungan 6%)

Anda gunakan duit ini untuk membeli sebuah rumah secara cash RM 100,000 kemudian anda sewakan dgn kadar RM 500/bulan..Setahun anda dpt RM 6000/tahun.. So peratus keuntungan anda 6% setahun..

Kelemahan : Sekiranya penyewa berhenti menyewa,terhenti sumber income anda seketika.

Pilihan 2 (keuntungan 60%)

Anda gunakan duit ini utk membayar deposit 10 buah rumah, dan kemudian anda sewakan dgn kadar yg sama RM 500/bulan utk setiap buah rumah. Jadi sebulan income pasif anda RM 5000. Setahun RM 60,000..Peratus keuntungan anda 60%

Kelebihan : Sekiranya salah seorg penyewa berhenti menyewa,anda masih ada 9 penyewa yg lain.

Jika dilihat situasi di atas, modal yg sama tp boleh menjana pulangan yg berbeza…Hanya perlukan sedikit kemahiran pengurusan kewangan yg betul. Kaedah ini anda boleh aplikasikan dlm menjana kewangan cashflow anda..Next post sy akan dedahkan bgimana dgn RM 10,000 boleh menjadi RM 1juta…Teruskan mengikuti blog ini dan share kpd rakan2 yg lain.. 

Read more...

Menyimpan pun boleh untung 45% dlm masa 26bulan

Sunday, 17 July 2011


Hari ini saya akan dedahkan secara eksklusif dan berani bagaimana pemilik emas buat duit dengan emas yang mereka miliki terutama pembeli dan peniaga emas.. Rahsia ini cukup eksklusif bagi mereka yang berani dan faham bagaimana sebenarnya emas mampu memberikan pulangan lumayan. Lagi besar kita melabur dengan membeli dan menyimpan emas ..lagi banyak income yang kite perolehi.

Saya kongsikan disini kisah realiti yang sahih lagi benar untuk membuktikan bahawa emas mampu memberikan pulangan yang lumayan pada penjual dan pembeli emas. Kefahaman ini amat penting kerana ramai yang membeli emas ini terikut – ikut trend macam beli saham ataupun main forex…beli ari ni nak untung besok. Dan kadang – kadang bila tengok harga emas dah turun ..dah takut dan seriau..takut rugi. Ingatlah beli dan berniaga emas ini untuk jangka masa panjang..sekurang – kurang setahun.

Kita ikuti kisah benar ini…al kisah….Pada 15 Mei 2009 seorang pembeli A telah membeli 100 gram jongkong emas dengan harga WE SELL RM11,135.00..dan pada hari ini beliau telah menjual semula emas itu kepada agen pembeli emas pada harga WE BUY…Harga WE BUY pada 18 Julai 2011 untuk emas gold bar adalah RM 16,150 !!!


Oleh itu berapakah keuntungan pembeli A ?. RM16,150.00 – RM11,135.00 = RM 5015.00 atau keuntungan 45 % setelah menyimpan emas yang dibeli selama 26 bulan. Ini lah kelebihan pembeli dan penyimpan emas…(makin simpan makin mahal,kalo simpan keta makin simpan makin murah nilai keta tu)


ATAS KEYAKINAN INI…ADA DUIT BELI AJE EMAS NI…
Ini stok yang kite beli..beli emas dapat emas..
Inilah TIP RAHSIA EMAS: BELI UNTUNG, JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG DAN SIMPAN EMAS PUN UNTUNG…mana rugi ?.
Yang rugi sebenarnya adalah YANG MASIH TAK BUAT APA – APA apabila dah tahu emas mampu memberikan pulangan lumayan !!!

Jika anda mempunya modal yg kecil bwh RM500,mungkin anda boleh bermula dgn dirham ataupun juga membuka buku akaun emas di Maybank @ Public bank..

Read more...

SKILL 2 in 1

Sunday, 22 May 2011

Salam sejahtera semua pbaca blog sy,
Apa khabar hari ni, diharap anda sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga..terima kasih kerana masih setia membuka sy. Sudah lama rasanya sy tidak bceloteh di blog sy krn kesibukan menghabiskan stdy di UTM,Skudai..Alhamdulillah,selesai segalanya...


Sebagai tanda kesyukuran,saya ingin berkongsi dengan anda teknik menjana pendapatan pasif dengan ASB dan Emas, teknik ni saya namakan  sekali tembak 2 kena...hehehe..gurau je..

Tahukah anda, pelaburan emas fizikal juga mempunyai kelemahan? kelemahan pelaburan emas fizikal ialah pelaburan ini tiada cash flow, maksudnya tiada pendapatan secara harian atau bulanan.untuk mendapat pendapatan harian dan bulanan dengan emas,anda perlu melabur dan berniaga emas.

teknik yang akan saya ajar ini akan membantu anda mendapat pendapatan pasif secara konsisten setiap bulan.

Teknik ni amat sesuai jika anda ada mempunyai simpanan, samada didalam ASB atau mana2 bank.Kalau takde simpanan pun boleh juga,tapi kena meminjam...

Cara-cara nya :

1. Anda mempunyai simpanan RM20,000 didalam bank, keluarkan semua simpanan anda dan anda laburkan kesemuanya dengan membeli Emas Fizikal.

2. Kemudian, anda pergi ke mana2 cawangan Agro bank yang ada perkhidmatan Ar rahnu dan pajakan semua emas yang anda beli tadi,dan anda akan mendapat RM14,000
RM20,000 X 70% = RM14,000

3.Pergi kemana-mana cawangan RHB Easy,dan buat pinjaman ASB , pinjaman maksima yang anda boleh pinjam ialah  RM200,000 seorang.

4.Gunakan duit pajak emas yang anda dapat tadi untuk membayar bulanan ASB tersebut,kemudian pada hujung tahun nanti pergi ke mana2 cawangan asb dan keluarkan bonus anda..

Berapa keuntungan yang anda dapat?

Bonus ASB

Jika anda membuat pinjaman RM200,000,bonus yang akan dapat pada hujung tahun nanti ialah

RM200,000 x 8.75%( berdasarkan bonus keuntungan tahun 2010)
=RM17,500

Modal yang anda telah keluarkan untuk membayar pinjaman ASB setiap bulan ialah
RM900 x 12 = RM10,800 (bayaran bulanan berubah mengikut B.L.R)

Keuntungan bersih yang anda dapat ialah
RM17,500 - RM10800 = RM6700

RM6700 / 12 bulan = RM558 sebulan

jadi anda telah mendapat pendapatan RM558 sebulan secara konsisten.

Keuntungan Emas

Emas yang anda pajakan berharga RM20,000, jika melihat prestasi keuntungan harga emas tahunan ialah dalam linkungan 25% setahun. jadi, harga emas yang anda pajakan tadi bernilai

RM20,000 x 25% = RM5,000 
harga emas anda telah meningkat kepada RM 25,000

Upah pajak yang anda perlu bayar kepada Agro bank ialah,
setiap RM100 anda perlu bayar RM0.75 sebulan (bagi pinjaman melebihi 70%)
jika RM20,000 anda perlu bayar RM150 sebulan

bayaran pajakan setahun ialah

RM150 x 12 = RM1800

keuntungan bersih yang anda dapat dari Emas ialah

RM5,000 - RM1800 = RM3200

RM3200 / 12 bulan = RM267

anda telah mendapat pendapatan pasif melalui emas sebanyak RM267 sebulan.

Jumlah semua pendapatan pasif yang anda dapat ialah

RM6,700 (keuntungan ASB) + RM3,200 (Keuntungan Emas) = RM 9,900 atau
RM 9,900 / 12 bulan = RM 825.00 sebulan.

kalau anda pakai toyota vios, anda dah boleh pakai  kereta tersebut  secara percuma sepanjang tahun..,ASB dan emas yang tolong bayarkan untuk anda..hehehe

keuntungan yang anda dapat dengan pelaburan pasif ialah hampir 50%, hebat kan..lakukan 4 langkah dan anda dapat untung 50%...

Penting !!!

1.Tak perlu tunggu harga emas jatuh baru nak beli emas, anda boleh beli sekarang sebab,anda tetap akan mendapat untung disebabkan kenaikan harga emas setiap tahun. Lagipun makin lama anda simpan Emas, lagi untung..tak percaya cuba anda check harga rantai emas yang anda beli tahun lepas, bandingkan dengan harga emas tahun ni.

2.Pastikan nama anda tidak blacklist ataupun mempunyai hutang yang melampau ketika memohon loan ASB.

3. Jika anda anda banyak komitmen hutang, cuba buat loan RM100,000 dulu sebab tak perlu payslip dan statement KWSP.

4. Mesti buat pinjaman di Easy RHB, bukan RHB atau cawangan bank yang lain,sebabnya, hanya Easy RHB yang menawarkan pinjaman selama 20 tahun dan 5 tahun pertama hanya bayar interest sahaja, jadi bayaran 5 tahun pertama adalah sangat murah.kalau pinjam RM100,000 anda cuma perlu bayar RM450 sebulan(harga berubah mengikut BLR).untuk lebih lanjut boleh layari http://www.rhb.com.my/easy

5. Anda boleh gunakan nama pasangan anda yang tidak bekerja untuk memohon loan ASB di Easy RHB, tiada masalah, cuma bawa buku ASB dan IC, 10 minit dah approve..memang betul-betul easy...tapi kena reka sikitla tentang kerja dan gaji pasangan anda.

6. Selepas 5 tahun anda boleh berhenti perlaburan ASB (jual semula) tersebut,tiada penalti dikenakan dan buat pembiayaan semula, kalau nak terus pun tiada masalah, tapi bayaran bulanan mahal sikit.

Semua kiraan yang saya buat diatas dalam bentuk anggaran sahaja,dan semua syarat-syarat tersebut mungkin berubah dari masa ke semasa, kalau nak tahu lebih lanjut boleh call saya atau mana-mana cawangan Easy RHB,Agro Bank yang terdekat dengan tempat anda.

Teknik ini adalah diantara teknik yang paling mudah menjana pendapatan pasif, anda boleh ulang proses ini setiap tahun. 

jika RM20,000 tu anda masih simpan di ASB, yang anda dapat cuma
RM20,000 x 8.75% = RM1750 setiap tahun...

Pelaburan emas bukan lah perlaburan skim cepat kaya, pelaburan emas ialah pelaburan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, ia memerlukan masa setahun ke atas untuk anda mendapat keuntungan.kalau nak mendapat keuntungan segera anda perlu melabur emas dan menjadi peniaga emas, post akan datang saya ceritakan tentang nak jadi tokey emas :) 

ok, kalau anda ada apa masalah boleh call saya 012-7440061, insyaallah saya akan bantu..

Berjumpa lg di lain hari..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP