Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Apakah RISIKO pelaburan emas ???

Friday, 1 April 2011


Setelah sekian lama tidak meng'update' blog disebabkan terlalu sibuk menyiapkan Projek Sarjana Muda dan menguruskan jualbeli emas scr offline,saya telah mendapat idea untuk membincangkan mengenai risiko pelaburan emas  yang jarang2 dihebahkan. Tujuannya adalah untuk kita sebagai pelabur emas mengetahui risiko yang bakal dihadapi dan mempunyai kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang bakal menjelma sebelum ia berlaku pada diri kita (Risk Assessment). Ingatlah 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI'. 

1. Berlaku musibah yang ditimpa
    - Apabila berlaku kes jenayah ke atas diri kita seperti kecurian,ragut,samun dan rompakan. Dengan berlakunya perkara tersebut kita terpaksa menangung kerugian kehilangan emas tersebut daripada kehilangan nyawa sendiri kerana pelaku jenayah akan tekad membuat sesuatu yang tidak diigini bagi mendapatkan sesuatu.

Cara untuk mengatasi :
Membuat penyewaan peti simpanan (safe deposit box) di bank-bank serta syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Pelbagai bank dan syarikat menawarkan penyewaan peti simpanan tersebut secara sewaan bayaran tahunan beserta dengan insurans untuk melindungi harta2 para pelabur. Jumlah insurans mengikut pada jumlah bayaran tahunan yang dikenakan. Setiap bank dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut mempunyai kadar yuran tahunan yang berbeza mengikut saiz peti dan jumlah insurans yang diambil.
Cara yang tidak digalakkan adalah menyimpan emas-emas yang banyak di dalam rumah sahaja akan tetapi gunakanlah kreativiti anda untuk membuat tempat tersebut agar selamat dan terjamin.

2. Berlaku kerugian apabila menjual emas di kala masa yang tidak tepat.
   - Seorang pelabur menjual emas tersebut untuk mendapatkan wang tunai di kala harga belian lebih rendah daripada jualan. Jika masa yang tidak sesuai untuk menjual emas tersebut kerugian akan diperolehi di dalam pelaburan emas.

Cara untuk mengatasi :
Pelabur perlu mempunyai ilmu asas di dalam pelaburan emas dan antaranya perlu mengetahui terma ataupun istilah yang digunakan di dalam pelaburan emas tersebut.
WE SELL = Harga rujukan untuk membuat pembelian ke atas emas tersebut daripada agen-agen.
WE BUY = Harga rujukan untuk pelabur-pelabur emas membuat jualan emas yang dimiliki kepada agen-agen.
Simpanlah dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas ini di untuk jangkamasa 3 tahun ke atas. Lagi lama kita simpan lagi banyak keuntungan yang diperolehi di sebabkan kenaikan harga emas secara purata sebanyak 25% setahun.
Sebagai seorang pelabur, kita hendaklah memastikan emas yang hendak dijual kepada agen-agen adalah merujuk harga 'WE BUY' dengan melebihi harga yang kita telah membeli dahulu.


3. Terlibat dengan penipuan skim pelaburan emas.
    - Emas adalah bukan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap secara tahunan atau pun bulanan (dividen) kerana keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas semasa. Penyertaan anda di dalam skim pelaburan ibarat menggadaikan kewangan anda untuk masa hadapan di sebabkan pengkhianatan individu tertentu yang mengawal dan menjaga skim pelaburan ataupun tindakan bank negara yang membekukan akaun tersebut setelah didapati menyalahi undang-undang.

Cara untuk mengatasi :
Apabila anda memiliki emas maka anda seorang sahaja yang menjaga dan mengawal penjualan dan pembelian emas tersebut tanpa mengharapkan individu-individu tertentu. Jadi, untuk berlaku penipuan dan pengkhianatan itu tiada kerana anda lah penentu untuk pelaburan tersebut sama ada menjadi rugi ataupun untung.Langkah terbaik anda hendaklah mempelajari ilmu asas mengenai sesuatu pelaburan sebelum menceburinya.

4. Memajak emas fizikal di Ar-Rahnu atau Pajak Gadai Konvensional.
   - Dengan kelebihan pada emas fizikal anda telah menggunakan ar-rahnu untuk membuat pajakan. Kerugian tersebut adalah anda akan kehilangan emas jikalau gagal untuk melunaskan hutang yang telah di berikan oleh pihak bank. Kadang kala jika seseorang itu bermain pajak dan tidak kena pada teknik pemajakan, maka anda akan mengeluarkan sebahagian wang gaji untuk membayar upah simpan dan kenaikan harga emas itu tidak dapat menampung upah simpan tersebut. Bagi yang membuat pinjaman Ar-Rahnu untuk melakukan perniagaan dan di kala kecemasan gagal membayar hutang yang diberikan kerana sifat boros belanja.

Cara untuk mengatasi :
Apabila anda hendak bermain pajak di Ar-Rahnu, sila pastikan emas yang anda hendak membuat modal adalah melebihi 100gm paling minima. Ini adalah kerana jika berlaku perubahan kenaikan harga emas anda akan nampak perubahan harga tersebut berbanding orang yang memiliki 20gm dan 50gm emas. Ibarat yang boleh nampak didalam stock market seperti perbandingan orang yang memiliki 10 lot saham berbanding 1 lot saham.Jika anda mempunyai jumlah unit yang banyak maka anda dapat melihat keuntungan yang besar apabila berlaku kenaikan harga yang sedikit berbanding orang yang mempunyai unit yang kecil. Selain itu, rancanglah perbelanjaan serta pastikan anda mempunyai budget yang cukup untuk menebus kembali emas anda walaupun kelebihan ar-rahnu anda bebas membayar mengikut sesuka hati anda asalkan sebelum tamat tempoh pemajakan emas tersebut.



Perlu diingatkan para pelabur emas ialah, tiada jaminan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk pembelian emas anda sebagai pelaburan.

Dengan risiko-risiko yang telah dinyatakan, maka anda hendaklah perlu berfikir sejenak untuk menangani risiko di atas untuk mendapatkan pelaburan yang selamat dan mendapat pulangan modal yang tinggi.

Read more...

Cara mudah miliki EMAS ???

Saturday, 26 March 2011

Hari ini saya akan kongsikan cara mudah bagaimana kita boleh mula menyimpan emas.

Simpanan emas ini kita boleh mulakan dengan membeli 1 Dinar emas public dinar. Untuk makluman , Dinar emas adalah emas jenis 916 iaitu emas yang sama digunakan untuk buat barang kemas.

Jika 1 Dinar , maka beratnya adalah 4.25 gram dan pada masa ini harga yang ditawarkan oleh public gold untuk 1 Dinar adalah hampir RM660.00 (rujuk harga di sebelah)

Cara mudah kita boleh miliki 1 Dinar emas adalah melalui langkah berikut;
1 : Pada hujung bulan dengan duit gaji, kt beli 1 Dinar.
2 : Bila dah dapat 1 Dinar emas ditangan, kt boleh pergi gadai 1 Dinar ini di Ar-Rahnu, saya cadangkan Ar-Rahnu Agrobank.
3 : Kt akan dapat balik duit sebanyak 65% daripada nilai gadaian dan duit ini kita dapat belanja untuk keperluan yang lain.
4 : Tiap bulan kita hanya perlu bayar lebih kurang RM55 selama 6 bulan dan bila bayaran dah hbs dibayar,emas yang kt gadai itu akan dipulangkan balik. Namun saya yakin selepas 6 bulan harga emas itu akan bertambah lebih daripada nilai yang kt beli pada mula ..inilah untung beli dan simpan emas awal.

Mudah bukan...oleh itu rmari kt mulakan beli dan simpan emas dari sekarang kerana saya menjangkakan nilai 1 Dinar emas ini juga akan naik sehingga RM1000.00 sedikit masa lagi..

Read more...

Loan SIHAT vs SAKIT ??

Wednesday, 23 March 2011


Ramai org membeli rumah yg mereka diami menggunakan duit pinjaman, dan pinjaman perumahan itu pula dibayr sama ada melalui potongan gaji ataupun di byr sndiri kpd pihak bank.

Pendapatan mereka menyusut disbbkn pinjaman itu, namun mereka tidak kisah asalkan mereka memiliki rumah sndiri walaupn terpaksa mengikat perut, terlalu berjimat (kedekut) dan akhirnya aliran tunai mereka menjadi negatif!!
Mungkin ramai diantara anda yg tidak sedar, bahawa pinjaman spt diatas sbnrnye adalah pinjaman sakit!!

Apa?? membeli rumah yg sentiasa meningkat harganya merugikan kah?

Rata-rata individu yg sy temui tidak dpt membezakan diantara pinjaman sihat dan pinjaman sakit. Sy takrifkan sedikit mengenainya :

1- Pinjaman sakit - Hutang yg dibuat utk tujuan keperluan peribadi seperti membeli rumah, kenderaan, melangsungkan perkahwinan dan sbgainya, dan hutang tersebut dibyr menggunakn pendapatan aktif (gaji) anda.

2- Pinjaman Sihat - Hutang yg dibuat utk pelbagai tujuan dan hutang tersebut dibyr tanpa menjejaskan pendapatan aktif anda.

Membeli rumah yg anda diami secara berhutang tidak merugikan, tp menyakitkan kewangan anda krn pendptn bulanan anda menjadi susut!!

Tetapi jika anda membeli rumah utk tujuan disewakan, dan membyr semula pinjaman mnggunakn hasil sewaan itu tanpa mengurangkan pendptn aktif anda, itu ialah hutang yg sihat!!

Tidak semua Ahli Perniagaan memulakan perniagaan menggunakan wang simpanan, mostly kesemuanya membuat pinjaman, dan hasil keuntungannya digunakan utk membuat byran semula pinjaman itu.

Jadi jika anda memberikan alasan tidak mampu, tiada modal dan sebagainya, alasan itu sgt tidak relevan.

Anda berani membuat hutang sakit, tetapi takut utk membuat hutang sihat, bermakna anda bermasalah dari segi pengurusan kewangan!!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP