KENAPA Anda Perlu Tukarkan Wang Kertas Anda kepada Bentuk Nilai ??
Thursday, 3 November 2011
3 kategori tersebut ialah :
1- Wang Komoditi - Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).
2- Wang Fiat - Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.
3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.
Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?
Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.
Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi inilah yang dinamakan Inflasi.
Simpan Jumlah Atau Nilai?
Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.
Harus diingat, kekayaan yang perlu disimpan itu adalah dalam bentuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.
Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM 13,000 pada tahun 2007 boleh membeli 150g emas dan pada tahun 2011, jika anda ingin membeli 150g emas yang sama anda haruslah membayar dengan jumlah sekitar RM 30,000.. WOOOOOOWWWW !!! Menarik bukan..cuba sekiranya wang RM 13,000 itu saya simpan di bank @ ASB,saya hanya mendapat RM 17,000 sahaja...
Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?
Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula.
0 comments:
Post a Comment