Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Emas VS Unit trust,mana lg UNTUNG ???

Wednesday 9 November 2011

Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas. Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua pelaburan
lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.

Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana organisasi akan mengambil
pelaburan anda dan melaburkannya untuk anda. Anda dan organisasi tersebut tertakluk kepada
perjanjian yaang dibuat. Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing. Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melabur dalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.
Setiap unit trust mempunyai prestasi yang berbeza dan itu yang saya kurang minat tentang unit trust. Kita perlu memilih syarikat unit trust yang pandai dalam melaburkan duit kita kalau tidak kita yang akan rugi. Selalunya orang akan melabur duit sedikit demi sedikit ke dalamnya untuk meminimumkan risiko tapi ada yang suka melabur "lump sum" (sekali gus). Saya tak rekomen sesiapa pun melabur semua wangnya sekali gus kecuali yakin tentang keadaan pasaran dan pelaburan yang dibuat.

Saya ada terbaca satu komen menarik di blog kewangan tantang pengalamannya melabur dalam unit trust. B.C. B.C melabur ke dalam unit trust dengan membeli unit trust daripada Public Mutual dan ING pada harga RM100,000. Tapi setelah melabur selama 3 tahun 6 bulan, dia akhirnya bengang dengan prestasi unit trust tersebut. Dia menebus kembali duitnya untuk mendapat RM87 ribu kembali.

Dia hilang RM17 ribu untuk pelaburan tersebut. Dengan kata lain, pelaburan itu tidak
menguntungkan, tetapi merugikannya. Tidak semua unit trust kehilangan nilai semasa kejatuhan ekonomi. Tapi masalahnya terlalu banyak unit trust dan setiap unit trust mempunyai objektif yang menarik. Hampir semuanya memberi "jaminan" dalam pelaburan. Tapi kita tahu tidak ada perkara dalam dunia ini tanpa risiko, termasuklah unit trust. Emas pun ada risikonya, harga emas kadang2 turun mendadak kerana mengalami pembetulan, tetapi secara umumnya, dalam masa jangka masa panjang, harga emas berbanding mata wang fiat akan meningkat.
Bayangkan kalau B.C. melaburkan wang tersebut dalam emas. Daripada lesap RM17k, dia
boleh mendapat, daripada 2008 sampai 2010, lebih kurang:


Jika ditambah semua peratus perubahan emas daripada tahun 2008 hingga 2010, anda akan mendapat: 4.31% + 25.04% + 20.9% = 50.9% peningkatan. Ini lebih banyak daripada kebanyakan jenis pelaburan pasif dalam masa tiga tahun. Jika En. BC ingin menjual emas yang dia ada pada tahun 2010, dia akan mendapat kembali RM157,688.93 bukannya RM87,000 seperti yang dia dapat apabila dia melabur dalam unit trust.

Perbezaan melampau ketara ini kerana unit trust meletakkan pelaburannya ke dalam banyak tempat dan pasti ada pelaburan yang untung DAN rugi. Itulah salah satu strategi yang digunakan oleh pengurus unit trust untuk mengurangkan kos dan honestly, apabila kita memberikan kuasa kepada orang lain untuk melaburkan wang untuk kita, kita akan kehilangan kuasa untuk menentukan masa hadapan kita.

Emas pula? Permintaan emas sedang naik sekarang ini dan tidak akan berhenti sehingga 2014. (Jika China tidak menjumpai sumber emas baru pada tahun itu, China terpaksa bergantung kepada pengimportan emas untuk memenuhi semua keperluan emasnya)
Inilah salah satu sebab kenapa saya kurang berminat dengan unit trust. Bagi saya walaupun unit trust boleh menawarkan peratus lebih baik (kadang-kadang), tapi amat susah untuk mengetahui yang mana satu terbaik. Sebaliknya emas, masih lagi mempunyai peningkatan permintaan. Dan secara umumnya, lagi banyak negara pulih ekonominya, lagi banyak emas yang akan dibeli kerana mahu mengelakkan inflasi ekonomi berlaku.

P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP