Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Emas VS ASB,mana nak pilih ??

Wednesday 9 November 2011

Hari ini saya ingin bercakap tentang ASB vs Emas. Saya akan menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik.
Sebelum itu saya ingin tunjukkan sejarah dividen ASB yang mana dari tahun ke tahun jumlah dividen yang di berikan semakin menurun nilainya. Jadi apa jaminan ia akan meningkat untuk 5 tahun akan datang ??

Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.
Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%

Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31%
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%

Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali ganda perbandingan.

Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.

Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik. Walaupun ASB dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi pulangan negatif sehingga 2010. Walaupun harga emas kadang kala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil keuntungan daripada kenaikan harga.

ASB pula diurus sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional dan kerajaan mahu ASN memberi pandangan positif tentang pengurusan wangnya dalam ASN. Jadi itu salah satu sebab pulangan 99% positif.

Emas pula meningkat 5 tahun kebelakangan ini kerana pelabur mula perasan tentang kelemahan wang fiat. Wang kertas yang mempunyai nilai berdasarkan kata kerajaan (atau bank pusat).
Jadi mereka melabur dalam emas sebagai pelindung kewangan jika wang fiat sudah tidak dipercayai lagi (salah satu sebab kegagalan wang ialah hilanganya kepercayaan orang ramai terhadap wang tersebut).

Dengan China terburu-buru menyimpan dan membeli emas (sebenarnya China mempunyai simpanan emas terendah dunia), tak hairanlah China sekarang salah satu pembeli emas terbanyak dunia, di belakang India (pengguna emas paling banyak di dunia).

Itu salah satu sebab kenapa emas diminati sekarang. Orang ramai mempercayainya sebagai agen pelaburan
jangka panjang. Walaupun pulangannya tinggi, ianya juga dipercayai. ASB pula sentiasa positif kerana kerajaan perlu memaparkan imej bahawa mereka pandai menguruskan wang (dan memang betul kerajaan pandai uruskan pelaburan ASN).

Jadi anda boleh pilih salah satu pelaburan di atas. Satu mendapat kepercayaan orang ramai (di seluruh dunia, termasuk kerajaan  Malaysia sendiri). Satu mendapat kepercayaan kerajaan sebagai agen pelaburannya.

Anda hampir pasti tidak akan rugi memilih salah satu atau campur kedua-duanya. Tapi untuk jangka panjang (kerana emas dilihat semakin penting), emas pilihan yang menarik berbanding ASB.

Ada orang bertanya kepada saya kenapa saya memilih Public Gold sebagai tempat untuk membeli emas. Ada beberapa sebab. Antaranya ialah "spread" yang rendah. Maybank mengenakan 8% spread, dengan kata lain,
anda dicaj tambahan 8% pada harga pasaran. Tapi Public Gold anda dikenakan 5 sampai 6% spread sahaja.

Tapi yang tarik hati saya sebenarnya ialah harga jongkong emas yang lebih murah. Kalau kat kedai emas, anda kena bayar lebih, tapi kalau dekat Public Gold anda perlu bayar sekitar RM7-RM13 untuk segram. Walaupun pelaburan ni agak mahal, tapi lagi murah berbanding kedai emas lain.

P/s : Kepada anda yang inginkan Ebook 1001 Rahsia Silver Edisi Percuma dari saya,boleh emailkan ke redrichprofit@yahoo.com.my

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP