Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Apakah BESTNYA ar-rahnu?

Thursday, 17 March 2011

Antara kelebihan Ar Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvesional ialah:

1.      Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)    

Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan PKonvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.



2.      Nilai Gadaian Tidak Merosot 

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.

 
3.      Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
 
 
4.      Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
 
 
5.      Caj Perkhidmatan Yang Rendah 

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
 
 
6.      Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
 
 
7.      Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah 

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
 
 
8.      Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan 

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
 
 
9.      Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya 

Perkara ini sering berlakudalam Pajak Gadai Konvensional.  Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan.  Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang di gadai oleh penggadai.

Read more...

Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB


Ramai yg bertanya kepada saya,jika melabur dalam ASB, kita dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah kita terpaksa jual semua emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik dengan harganya lebih tinggi lagi untuk jana untung tahun seterusnya ?? Persoalan ini yg selalu bermain di minda2 pelabur2 baru..biasalah saya pun dulu seperti anda juga..pernah bertanya soalan yg sama..akhirnya selepas saya membuat case study,baru saya dapat ketahui rahsia macammana nak buat untung dengan emas seperti dividen ASB..Ok, rahsia ni terlalu secret utk saya dedahkan di sini.. saya hanya akan bongkarkan kepada mereka yg menjadi Dealer @ membeli emas dgn saya shj..so hubungi saya di 012-7440061 untuk menempah emas anda sekarang.

Read more...

Bagaimana ingin mjadi org yg bijak ??

Monday, 14 March 2011

Ingin jadi seorang yang BIJAK..
  1. Beli EMAS ketika murah..khas untuk orang ada modal sikit..
  2. JUAL EMAS ketika mahal..khas untuk orang yang nak roling biz..
  3. SIMPAN EMAS ketika masih muda..khas untuk orang yang belum berkawin dan mula ada anak..
  4. Ingin jadi bijak...follow rule no 1,2,3..
  5. Nak lg bijak ?? Hubungi 012-7440061 utk order emas anda sekarang !!!
Hubungi team partner kami sekarang !!!

Read more...

Kisah 2 Sahabat, siapa lg bijak ??

Sunday, 13 March 2011


*cerita ini hanyalh rekaan semata2,tidak ada kena mengena dgn yg hidup@pun yg mati..

Ahmad dan Ah Chong adalah kawan sebilik yg menetap di hostel UTM. Mereka belajar bersama, pergi kelas bersama dan mereka juga sama2 mendapat tajaan biasiswa. Pendek kata kemana shj ada Ahmad,disitu ada Ah Chong..Hinggalah pada suatu hari,mereka di datangi oleh Hamba Tuhan yg menawarkan sejenis pelaburan logam secara fizikal  iaitu EMAS dan PERAK..Di sini,bermulalh percanggahan pendapat di mana Ahmad memilih EMAS sbg pelaburan terbaik dan Ah Chong pula memilih PERAK sbg pelaburan terbaik.

Maka pada September 2010, Ahmad mbeli 20g emas berharga RM 2900 manakala Ah Chong pula membeli 1kg perak berharga RM 2800, produk keluaran PG dari Hamba Tuhan.

Ahmad menganggap tindakan Ah Chong sgt kurang bijak kerana merugikan duit biasiswa, tetapi Ah Chong yg sudah lama bersama dgn Ahmad hanya bersabar dan tersenyum..

Masa terus berlalu,sehinggalah suatu hari mereka kesempitan wang.. Mereka baru teringat yg mereka menyimpan logam berharga. Lalu mereka menyemak harga terkini emas dan perak di http://jom-emas.blogspot.com/

Bulan Mac 2011, EMAS 20 gram dah jadi RM 3170......    MILIK Ahmad

Manakala PERAK 1kg dah jadi RM 4686 .....MILIK Ah chong

Lalu Ah Chong pun menjual peraknya kpd PG dgn harga we buy, dapatlah RM 3983, untung RM 1183, perak sudah terjual...

Ahmad merasa cemburu apabila melihat logam kepunyaan Ah Chong nilainya naik begitu tinggi, sedangkan logam kepunyaannya jika dijual semula kpd PG dgn harga we buy hanya mendapat untung RM 80 shj...14 kali ganda rugi dari untung Ah Chong..

Dalam kesedihan yg melanda dan menyelubungi diri Ahmad, akhirnya sekali lagi dia didatangi Hamba Tuhan yg mengajarkannya teknik lain untuk mendapatkan duit dengan segera.

Tanpa berlengahkan masa, Ahmad cepat2 pergi ke Agrobank untuk mebuat Ar-rahnu. Di situ, emas miliknya di nilai RM 165.8/gram dan Ahmad boleh mbuat pinjaman sebanyak 70%. Jadi Ahmad pun mendapat wang tunai RM 2320 dan emasnya masih tersimpan di bank..

 

So sekarang cuba fikir, siapa yang bijak ??

Read more...

EMAS @ PERAK, mana lg untung ??

Saturday, 12 March 2011

Assalammualaikum wbt..

Semoga anda bahagia dunia dan akhirat serta bersedia membantu insan lain untuk menjana pendapatan untuk diri dan orang lain.

Sejak akhir-akhir ini banyak pertanyaan yang di ajukan kepada saya adakah emas yang menguntungkan ataupun  perak? Bagi saya kedua-duanya menguntungkan dan mempunyai pro and contra nya.. 

Bagi saya, simpan perak untuk dapat hasil yang singkat. Keuntungan hasil perak sangat lumayan. Ini buktinya..


Pada 16/8/2010, 500g perak bernilai RM 1,250


Pada 10/11/2010, 500g perak bernilai RM 1,836

Dalam masa 3 bulan shj kenaikan sebanyak RM586 @ 46.88%..kalo setahun agak2 bp yea,anda boleh kira sendiri kot,hehhehe..
Tapi kekurangan  perak ialah tidak dapat digadai berbanding emas. Jika anda jenis sering tdesak pertengahan bulan memerlukan duit tunai dengan segera, saya tidak mengsyorkan perak kepada anda kerana ia tidak dapat digadaikan di arrahnu..

Bagaimana pula dengan emas ?? 
Emas juga menguntungkan untuk jangka masa panjang. Simpan emas untuk 5 ke 10 tahun atau boleh juga sbg perancangan awal untuk anak2 ke universiti nanti, boleh juga sbg perancangan menunaikan haji atau juga ingin berkahwin. Anda bermodalkan sekarang RM10k membeli emas dan selepas 10 tahun atau lebih anda akan dapati nilai emas 10K ini akan meningkat ke RM50k. Ini kerana kenaikkan emas sejak 10 tahun lalu telah meningkat 500%. Maka simpanlah emas hari ini untuk anak-anak kita masuk universiti nanti @ perancangan lain. Beza perak dengan emas ini, ianya boleh digadai dan boleh dapat tunai segera di mana-mana bank atau institusi yang ada menawarkan gadaian.

Kesimpulannya, perak dan emas dua2 untung, jadi simpanlah dua2nya.. Kenaikan emas 30-40% setahun dan kenaikkan perak  100%-130% setahun. Perak bagus untuk pelaburan jangka masa pendek dan emas baik untuk pelaburan jangka masa pangjang. Diharap artikel ini dapat mbuka mata anda mengapa org cina lebih banyak menyimpan perak berbanding emas..

Read more...

Betol ke ASB menguntungkan ??


Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, apabila ditawarkan dgn peluang pelaburan shj, sudah pasti akan dibandingkan dgn pulangan pelaburan di ASB.

Ironinya, untuk menjadi pelabur yg bijak anda perlu menilai dan meneliti beberapa aspek penting sebelum anda membuat keputusan utk melabur di dlm sesebuah portfolio itu.

Jika anda menjadikan pelaburan di ASB sebagai kayu ukur perbandingan yg menentukan kadar pulangan keuntungan dgn portfolio pelaburan yg lain, maka sgt jelas, nyata dan terang bahawasanya anda telah membuat penilaian yg salah, krn jika anda memahami konsep pelaburan yg sebenar, anda akn tahu bahawa anda tidak mndpt pulangan apa2 dgn melabur di ASB.

Mungkin anda mendpt dividen purata 8% setahun, sebenarnya itu bukanlah keuntungan, tetapi hanya kos utk melindungi penyusutan nilai wang simpanan anda. Keuntungan yg anda lihat hanyalah untung atas kertas (Profit On Paper).

Pasti anda tertanya2 kenapa sy memberi kenyataan ini?

Baiklah, pernahkah anda mengira berapa keuntungan bersih (Nett Profit) anda di dlm pelaburan ASB yg memberikan pulangan 8% setahun?

Sy yakin 100%, pastinya anda membuat pengiraan begini:

Cth: Simpan sebyk RM 20k x 8% = RM 1600

Pasti anda menganggap RM 1600 itu keuntungan tertinggi dan paling baik jika dibandingkan dgn mana2 portfolio pelaburan yg lain.
 
Pernahkah anda mengambil tahu berapakah kadar inflasi tahunan negara?
mungkin anda tidak sedar sebenarnya kadar inflasi di malaysia pd tahun ini adalah yg tertinggi selama tempoh 27 tahun iaitu sebanyak 8.5%!!!

Ini bermakna bahawa wang tunai yg anda laburkan di ASB telah pun menyusut nilainya sebanyak 8.5%!! jadi adakah pulangan purata 8% setahun itu merupakan pilihan portfolio pelaburan yg bijak?

Cara pengiraan Nett Profit pulangan pelaburan (ROI) yg sebenar ialah :


% Pulangan - % Inflasi Tahunan Negara

Jadi jika pulangan 8% - Inflasi 8.5%, sbnrnye anda tidak mendpt keuntungan, bahkan kerugian sebanyak 0.5%!! Ini dinamakan Nett Loss, bukan Nett Profit.

Ini adalah fakta.

Mungkin jumlahnya bertambah daripada RM20k menjadi RM21,600, tetapi nilai bersihnya hanya sekadar RM19,892.00 shj. Untung atau rugi?

Nilai dan Harga (dlm konteks ini ialah jumlah pulangan) adalah 2 perkara berbeza. Nilai yg tggi sudah tentu memberi gambaran bahawa ianya perlu dibayar dgn harga yg mahal, tetapi harga yg mahal belum tentu dpt memberikan gambaran ketinggian nilai sesuatu itu. Ini kerana harga adalah sesuatu yg mudah dimanipulasi, tetapi nilai adalah sesuatu yg subjektif dan sukar dimanipulasi.

Sy mencadangkan, jika anda mempunyai simpanan di bawah RM50k di dlm ASB, lebih baik keluarkan dan belikan emas, kerana emas menjamin nilai penggandaan aset anda, sdgkan wang tunai menyusutkan nilai simpanan anda.

Hanya kira dgn mudah dgn menggunakan formula spt diatas, iaitu :

% Pulangan - % Inflasi Tahunan Negara

Ok, kadar kenaikan nilai emas setakat 1 Jan 2010 - 30 Sep 2010 ialah 20%.
Jadi pengiraannya ialah:


20% - 8.5% = 11.5% (Nett Profit)


Jika anda menjual emas yg anda kpd org lain mengikut kadar semasa, anda masih untung bersih sebanyak 11.5%. Tetapi jika anda menjualnya kpd dealer, maka anda perlu menolak peratus spread jual dan beli emas.

Jika anda membeli emas Public Gold 11.5% - 5% (Spread) = 6.5% (Nett Profit)
Tetapi jika anda membeli emas di kedai emas 11.5% - 15% (Spread) = -3.5% (Nett Loss)


Tetapi Nett Profit di dlm pelaburan emas fizikal melalui formula pengiraan diatas, hanya boleh dikira jika anda telah menjualnya, dan perkiraan tersebut adalah berasaskan wang tunai yg anda dpt hasil dr jualan itu.

Jika anda masih terus menyimpannya, maka ianya akan terus memegang nilai kenaikan 20% itu dan kenaikannya terus bertambah dari semasa ke semasa. Ia tidak dipengaruhi oleh pertumbuhan inflasi, sebaliknya, semakin tggi kadar inflasi negara, semakin tggi permintaan keatas komoditi ini, dan semakin tggi harganya di pasaran.

Anda dpt lihat perbezaannya kan? sy harap slps anda membaca artikel ini pastinya anda dah tau bagaimana utk memilih portfolio pelaburan yg terbaik.

Sumber : Pelaburjutawan

Read more...

DINAR = PERKAHWINAN


Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t:

Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….






Anda sudah bersedia untuk berkahwin?
Dari segi kewangan?
Sudah?


Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat terhadap anda semua yg belum berkahwin dan merancang untuk berkahwin beberapa tahun dari sekarang.
Saya akan meringkas cara pengiraan dan cara cerita saya supaya anda dapat menangkap atau memahami kaedah yang digunakan.


Tahun bercadang untuk kahwin: 2016
Tahun sekarang:2011
Tahun untuk persiapan:5 tahun
Kos/Bajet kahwin:RM25,000.00 
(Hantaran,Mas kahwin,Khemah,Kos Hangus)


Kaedah:
Simpan/beli emas/Dinar pada tahun ini dengan harga:RM655.00



Purata kenaikan harga emas bagi 1 tahun: 25-45%
Lihat sini graf kenaikan harga emas selama 5 tahun.


Kita andaikan emas naik 30% setahun

(RM655 x 30% x 5tahun) + RM655 (Nilai Pokok) : RM1637.5

Harga emas/Dinar  pada tahun 2016: RM1637.5

Dinar yang anda perlukan pada tahun 2016: 16 Keping

RM25,000/RM1637.5 = 15.26 @ 16 keping

Maknanya:
Anda perlu membeli 1 Dinar emas pada tahun 2011 sebanyak : 16 keping
Harga emas 1 Dinar pada tahun 2011 : RM655 x 16 : RM10,480
 
Anda hanya mengeluarkan RM10,480 pada tahun 2011 dan pada tahun 2016,anda boleh membiayai kos perkahwinan anda!

Keluarkan duit anda sekali dan tunggu selama 5 tahun tanpa perlu risau tetang kos anda kerana anda telah bersedia awal !! Rancanglah dari sekarang..hubungi saya utk mendapatkan emas 012-7440061





Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP