Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

EMAS @ PERAK, mana lg untung ??

Saturday 12 March 2011

Assalammualaikum wbt..

Semoga anda bahagia dunia dan akhirat serta bersedia membantu insan lain untuk menjana pendapatan untuk diri dan orang lain.

Sejak akhir-akhir ini banyak pertanyaan yang di ajukan kepada saya adakah emas yang menguntungkan ataupun  perak? Bagi saya kedua-duanya menguntungkan dan mempunyai pro and contra nya.. 

Bagi saya, simpan perak untuk dapat hasil yang singkat. Keuntungan hasil perak sangat lumayan. Ini buktinya..


Pada 16/8/2010, 500g perak bernilai RM 1,250


Pada 10/11/2010, 500g perak bernilai RM 1,836

Dalam masa 3 bulan shj kenaikan sebanyak RM586 @ 46.88%..kalo setahun agak2 bp yea,anda boleh kira sendiri kot,hehhehe..
Tapi kekurangan  perak ialah tidak dapat digadai berbanding emas. Jika anda jenis sering tdesak pertengahan bulan memerlukan duit tunai dengan segera, saya tidak mengsyorkan perak kepada anda kerana ia tidak dapat digadaikan di arrahnu..

Bagaimana pula dengan emas ?? 
Emas juga menguntungkan untuk jangka masa panjang. Simpan emas untuk 5 ke 10 tahun atau boleh juga sbg perancangan awal untuk anak2 ke universiti nanti, boleh juga sbg perancangan menunaikan haji atau juga ingin berkahwin. Anda bermodalkan sekarang RM10k membeli emas dan selepas 10 tahun atau lebih anda akan dapati nilai emas 10K ini akan meningkat ke RM50k. Ini kerana kenaikkan emas sejak 10 tahun lalu telah meningkat 500%. Maka simpanlah emas hari ini untuk anak-anak kita masuk universiti nanti @ perancangan lain. Beza perak dengan emas ini, ianya boleh digadai dan boleh dapat tunai segera di mana-mana bank atau institusi yang ada menawarkan gadaian.

Kesimpulannya, perak dan emas dua2 untung, jadi simpanlah dua2nya.. Kenaikan emas 30-40% setahun dan kenaikkan perak  100%-130% setahun. Perak bagus untuk pelaburan jangka masa pendek dan emas baik untuk pelaburan jangka masa pangjang. Diharap artikel ini dapat mbuka mata anda mengapa org cina lebih banyak menyimpan perak berbanding emas..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP