Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Apakah Jenis Pelaburan Yang Ada?

Saturday 5 March 2011

Harini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang jenis2 pelaburan yang ada di sekeliling kita pada hari ini.

1. Savings Account
Ini bukan tempat pelaburan. Tapi anda perlu ada sejumlah wang tunai yang mencukupi di dalamnya.

2. Fixed Deposit
Perbankan Islam melabelkannya sebagai pelaburan mudharabah. Pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Anda simpan RM 10,000 di dalamnya dengan pulangan sekitar 2-4% dan bank pula memberikan pinjaman kepada anda dengan kadar 8% setahun (faedah / keuntungan). Siapa lagi bijak? Anda atau bank?

3. Amanah Saham
Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya, dan belum sempat duit anda dilaburkan ia sudah susut nilai kira-kira 5-8% akibat upfront fee dan tiap-tiap tahun ia susut nilai lagi antara 0.5-2% untuk management fee. Dan anda pula mengharap pulangan 8-12% setahun, kalau ada untung.

4. Tabung Haji
Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya untuk menunaikan haji! Anggaplah 4-5% pulangan di dalamnya sebagai booster dari Allah swt agar kita cepat-cepat menjadi tetamu Baitullah. Sebaiknya, tak payahlah keluarkan duit dalam Tabung Haji ni selagi anda belum menunaikan haji. Ni asyik kata tak datang seru je.

5. KWSP
Kalau anda bekerja di Malaysia dan tidak ada akaun KWSP, cepat-cepat berhenti dan cari syarikat lain. Bersyukurlah KWSP memberikan anda pulangan walaupun sekitar 4-5% sahaja. Bukan mudah nak uruskan dana yang berbilion di dalamnya. Ia duit hari tua anda dan anda boleh gunakan akaun 2 untuk pembelian rumah.

6. Amanah Saham Bumiputera
Untuk Bumiputera sahaja. ASB tidak ada upfront fee. ASB tidak ada management fee. Duit anda tidak susut nilai walaupun 0.001% pun sebelum ia dilaburkan. ASB bagi pulangan konsisten 8-10% dalam bonus dan dividen. RM 10,000 yang anda simpan, hujung tahun dapat RM 800. Tidak mahu menyimpan di dalamnya sebab ada pendapat yang menyatakan ASB haram? Itu pilihan anda.

7. Exchange Traded Fund
Amanah saham yang didagangkan di dalam bursa. Tetapi malangnya ia belum ada lagi di Bursa Malaysia. Upfront fee & Management fee yang minima. Boleh tanya Singapore Exchange kalau berminat lebih lanjut.

8. Saham Bank Rakyat
Pulangan 15% setahun yang konsisten kebelakangan ini. RM 10,000 yang anda simpan, anda dapat RM 1,500 pada hujung tahun dan ia sudah dizakatkan. Setakat penulisan ini ditulis, anda dah tiada harapan untuk membelinya coz dah tutup penyertaan...huuuuuuu

9. Saham
Ada ilmu tertentu untuk melabur? Pilihlah sama ada mahu jadi fundamental investor atau technical investor. Kalau malas nak belajar, pergi cari amanah saham sahaja. Jangan menggatal nak beli saham IPO ke, 2nd Board, MESDAQ ke, 1st board ke ke kalau belum tahu baca financial statement atau mengenali bar chart, candlestick, P&F Chart dan sebagainya.

10. Warrant & Options
Adik beradik tiri. Warrant, bapak dia syarikat awam berhad. Options, bapak dia stock exchange. Lagi volatile dari saham. Hak untuk membeli saham. Stock options belum ada di Malaysia. Hanya warrant sahaja yang boleh dijual beli setakat ini.

11. Futures & Commodity
Pasaran hadapan. Indeks saham ada. Kelapa sawit mentah pun ada. Itu sahaja yang ada di Malaysia. Kalau berminat dengan indeks saham luar negara, emas, perak, minyak mentah, kacang soya, besi, kopi, kapas dan sebagainya sila rujuk ke pasaran luar negara.

12. Forex
Perdagangan matawang asing. Hati-hati, terlalu banyak scam forex. Pilih broker yang betul. Kalau takde ilmu pelaburan tertentu, lupakanlah sekejap, dan pergi belajar dulu.

13. Bon
Kalau baru ada RM 999,999 lupakanlah sahaja nak melabur dalam pasaran bon. Di Malaysia, hanya pelabur institusi yang menguasainya dan individu tertentu yang ada net worth yang sangat tinggi.

14. Hartanah
Semua orang nak rumah. Tapi bukan semua rumah orang nak duduk. Jadi, lokasi amat penting dalam pelaburan hartanah. Selain rumah, mungkin kedai dan pejabat juga boleh anda inta-intai. Melaburlah dalam hartanah untuk dapatkan cashflow terlebih dahulu barulah memikiran tentang capital gain.

15. Real Estate Investment Trust (REIT)
Macam beli amanah saham jugak. Tetapi syarikat REIT ini terlibat dalam sektor hartanah. Ia bukan pool of money untuk beli saham, tetapi hartanah. Ia dijual beli melalui Bursa Malaysia.

16. Emas
Spt yg kita sedia maklum,terdapat 2 shj pelaburan emas yg sah iaitu pelaburan emas fizikal dan membuka akaun simpanan emas. Janganlh sesekali kt menyertai skim pelaburan emas yg mjanjikan keuntungan yg lumayan setiap bulan sehingga btahun2 kerana kt sdri tidak tahu asal usul skim itu,melaburlh dgn institusi yg telah disahkn oleh kerajaan. Melabur dgn emas fizikal boleh mdapat keuntungan yg lumayan iaitu di antara 20-40% setahun,tetapi seandainya anda bijak bermain manipulasi,anda boleh mdapatkan keuntungan 100% setahun hanya dgn emas.

KESIMPULAN
Apa yg sy dapat simpulkan di sini,masing2 punya prinsip dan pendirian sendiri, minat dan kemahuan yang berbeza. So sy bharap dgn info yg sy berikan ini,sedikit sebanyak dpt mbuka minda anda semua untuk melabur kn duit anda ke mana,jangan labur2 smpai duit lebur sudahlah yea..hhehehe


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP