Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Bagaimana merancang kewangan ??

Wednesday 9 March 2011

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang pengurusan kewangan. Ianya amat berkait rapat dengan pelaburan dan perlindungan nilai harta anda.

Cuba muhasabah diri dan asah minda kewangan anda untuk meningkatkan Financial IQ di dalam mengendalikan masalah kewangan. Hakikat yang perlu anda sedari ialah jika anda mampu menyelesaikan masalah kewangan anda, secara automatik ianya akan meningkatkan Financial IQ anda, sekaligus anda mampu merancang bagaimana untuk menjadi kaya!!

Rasanya semua orang (termasuk saya) berbelanja setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Tetapi adakah pendapatan yang  masuk ke akaun juga setiap hari, minggu, bulan dan tahun?

Atau adakah pendapatan yang masuk ke akaun anda setiap bulan (Gaji) dibelanjakan untuk perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan? sudah pasti tidak cukup!!!

Rancang pendapatan pasif anda, pastikan pendapatan harian untuk cover perbelanjaan harian, pendapatan mingguan untuk cover perbelanjaan mingguan dan seterusnya, saya jamin jika anda mampu tentukan perbelanjaan seperti itu sudah pasti anda bebas dari belenggu kewangan dan anda akan menjadi TUAN kepada wang anda, dan bukannya wang yang menjadi TUAN kepada anda!!

Apa yang saya maksudkan menjadi TUAN kepada wang anda ialah, anda perlu menjadikan wang anda bekerja untuk anda, dan jangan sekali2 menghabiskan seluruh kehidupan anda bekerja untuk wang!!

Saya mengkelaskan pendapatan pasif saya mengikut keperluan perbelanjaan seperti ini :
Pendapatan Harian            : Untung runcit jualan emas,kereta sewa
Pendapatan Mingguan       : Dinar iraq, Spot Gold & Silver Trade,bisnes laen
Pendapatan Bulanan          : Komisyen Public Gold, komisyen kereta lelong,komisyen cicak tokek
Pendapatan Tahunan         : Dividen ASB & saham,kenaikan harga emas
Perlindungan Nilai Harta     : Physical Gold & Silver

Jika anda juga mampu mengkelaskan pendapatan seperti ini, maka anda telah berjaya mengatasi masalah kewangan anda, sekaligus membebaskan diri dari belenggu kewangan dan saya jamin yang anda pasti akan lupa bilakah tarikh gaji anda!!!

Ingat!!

Jika anda bekerja untuk wang, nescaya anda akan menghabiskan seluruh hayat anda hanya untuk bekerja dan mengumpul wang untuk persediaan melalui hari2 persaraan anda. Hidup anda akan sentiasa dibayangi kebimbangan dan dihantui persoalan "cukupkah simpanan aku ini?"

Sebaliknya, biarkan wang yang bekerja untuk anda, dan nikmatilah kehidupan ini sepenuhnya bersama keluarga dan anak2. Bawalah mereka bercuti, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, agar kita lebih mensyukuri nikmat kehidupan. Bila wang bekerja untuk anda, ianya akan menggandakan dirinya sendiri, anda hanya perlu memantaunya sesekali sahaja!!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP