Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Soal jawab tentang isu AR-RAHNU !!!

Wednesday 9 March 2011



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Buat ahli 1001 Rahsia Emas dan para pembaca laman blog saya ini. Saya terpanggil untuk menulis pada pagi ini disebabkan satu persoalan yang sering diutarakan oleh sahabat-sahabat saya dan juga orang persorangan apabila berjumpa dengan saya. Persoalan yang sering kali terpancul dari bibir mereka mengenai pelaburan emas  ialah…..
Apabila kita dah pajak di Agro Bank kita kena bayarkan setiap bulankan…untuk tebus balik?
Memang betul kita kena bayar…. itupun kalau kita nak tebus balik…ini cadangan saya.. jikalau emas tu tak kita perlukan atau kita pakai ,kita tak perlu bayar bulan-bulan dan tak perlulah kita tebus , kita cuma bayar upah simpan sahaja…,… kita suruh pihak bank simpankan dan bayar upah simpan sahaja.. simpan di rumah agak bahaya betul tak… upah simpan hanya RM24 sebulan untuk emas seberat 20g.
Macam mana caranya agar saya tak perlu pergi ke Agro Bank tiap-tiap bulan untuk bayar upah simpan tu?
Itu senang sahaja. Semasa kita pajak di Agro Bank, kita minta pihak bank tolak sekali upah simpan selama 6 bulan… so tak payahlah kita pergi ke bank tersebut tiap-tiap bulan…kita cuma perlu datang ke bank apabila kita hendak tukar surat…
Bila masanya kita perlu tukar surat?
Oooooo… semasa harga pajakkan di Agro Bank naiklah kita tukar surat… ops…perlu diingat bukan harga emas naik ye tapi harga pajakkan naik.. contohnya, sekarang ini harga pajakkan di Agro Bank untuk emas 999.9 ialah RM165.80 dan emas 916 ialah 151.90, katakan pada bulan hadapan pihak Agro Bank naikkan pajakkan emas 999.9 RM178.60/g dan emas 916 RM 159/g… masa inilah kita tukar surat..pihak bank akan kira dengan harga semasa dan tolakkan dengan pinjaman yang kita perolehi sebelum ini… duit lebihannya akan diberikan kepada kita.. dan kita tambah sikit lagi untuk bayar upah simpan…jangan kita keluarkan duit poket kita… just kita gunakan duit lebihan tu je… so kita tak keluarkan duit sesen pun untuk proses itu.
Pesanan: Kita janganlah tukar surat bila harga pajakan kurang dari RM4, sebabnya terlalu sedikit…dan tak berbaloi..cuma dapat bayo upah simpan je..adalah balance RM3 ke RM4 kalau satu jongkong 20g… Itu memenatkan namanya…but kalau ada 50 keping jongkong 20g…memang digalakkan tukar surat..hehehe
Kemudian apa pulak seterusnya?
Okaylah.. pihak bank akan lupuskan perjanjian yang lepas dan pihak bank akan buat perjanjian baru.. dia akan keluarkan surat pajakkan yang baru.. dan perjanjian akan disambung selama 6 bulan lagi…
Sampai bila kita boleh tukar surat?
Ini persoalan sangat popular kepada saya… jawapannya… sampai pegawai bank tu pencen..dan sampai pihak bank tu kata dah tak boleh tukar surat lagi.. mungkin semasa pegawai bank tu kata “dah tak boleh tukar surat lagi”, kita dah perolehi beribu-ribu atau berbelas-belas ribu kot untuk emas 999.9 ( 20g ). Pihak bank akan suruh kita tebus emas tu, kalau tidak emas tu akan dilelong. Pada saya biarlah pihak bank tu lelong..bukan rugi pun, emas yang kita beli dengan harga RM3k dan kita dah dapat duit beribu-ribu… cuba fikirkan rugi ke kita ni…
Kita tak di senarai hitam ke?
Mana adanya.. kan setiap kali kita tukar surat tu, pinjaman yang lepas kita dah bayar… sbb setelah pengiraan dengan harga baru yang kita perolehi pihak bank akan tolak dengan pinjaman yang lepas..so pinjaman yang lepas dah bayolah… duit lebihan tu kita punyalah..
Selepas kita tak leh tebus dan kemudian pihak bank lelong apa jadi dengan kita?
Lah..kita hidup senanglah..sbb dah dapat duit tu…okay… setelah pihak bank lelong emas kita tu.. pihak bank akan tolak harga lelongan tu dengan pinjaman kita yang terakhir…kalau ada lebihan setelah ditolak dengan upah simpan.. duit lebih tu akan diserahkan kepada kita…dapat duit lagi… kan senang hati namanya…
Okay setakat ni dulu  yea…selepas ini sy akan bongkarkan rahsia bgimana dgn emas pun boleh buat income stp bulan..TUNGGU !!!
 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP