Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Nak beli emas,tapi duit xcukup ?? Saya ada caranya...

Saturday 5 March 2011


saya pasti anda di luar sana pernah mhadapi situasi spt ini,dimana anda teringin untuk menyimpan emas dgn kuantiti yg byk,tp anda hanya ada modal yg minima...sy juga pernah merasai situasi ini spt anda..maklumlah student spt sy ni,manalh ada duit yg byk tok beli emas 100g above kn..so apa yg sy lakukn utk memiliki emas 100g tu yea??? 
caranya amat mudah..manfaatkan the power of arrahnu. Senang sahaja. pihak kami sediakan dinar emas/ jongkong emas tersebut dan kita terus pergi arrahnu untuk buat gadaian/simpan.

Pihak ar-rahnu akan memberikan duit sebanyak 65%-70% daripada market value emas. Dengan duit itulah anda bayar kepada kami. Emas tersebut akan jadi milik anda. Nak tunggu duit simpanan sendiri baru nak beli 100g, 200g emas memang memakan masa di samping dgn kenaikan harga emas stp masa..


Konsepnya hampir sama macam loan ASB. Kita memiliki saham ASB dengan menggunakan duit bank. Bank akan untung diatas faedah yang dikenakan kepada kita dan kita akan untung keatas dividen yang diperlolehi. Cuma arrahnu, kita hanya membayar upah simpan selagi kita tidak tebus barang tersebut.

Selama ini bank menggunakan duit kita untuk menambah lagi aset mereka, kenapa kita tidak melakukan sebaliknya dengan menggunakan duit bank untuk menambahkan aset kita. 



Contoh pembelian melalui ARRAHNU ( Agrobank etc. ) ;
100g EMAS 999 ; Harga rm15,850  [ Modal Anda  rm4,250  & Duit arrahnu rm11,600 ]
50g EMAS 999 Harga rm7,950  [ Modal Anda  rm2,150  & Duit arrahnu rm5,800 ] 
20g EMAS 999 ; Harga rm3,200  [ Modal Anda  rm900  & Duit arrahnu rm2,300]   
* anggaran pinjaman arrahnu adalah 70% dgn nilai emas Rm165.8/g

KEUNTUNGAN kepada semua ;

1) Pihak kami ; untung dapat menjual EMAS dalam kuantiti yang banyak.


2) Pihak anda ; untung dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak, 

    dengan modal minima.


3) Pihak arrahnu ; dapat untung melalui upah simpan(lebih kurang 0.65% dari 

    market value)Jadi, kita dapat lihat disini bagaimana ekonomi umat Islam akan berkembang maju.

Jadi, apakah kelebihannya dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak? Jika berlaku kenaikan harga EMAS semasa pada masa hadapan sudah tentulah mereka yang memiliki simpanan EMAS yang lebih banyak akan lebih untung. 

Mari kita kirakan untuk dua senarion ini. 
Cara 1, jika membeli secara tunai, dengan bermodalkan rm10,000 anda akan dapat lebih kurang 60g EMAS. 


Cara 2, dengan menggunakan teknik arrahnu, anda mampu memiliki sehingga 180g EMAS. Jika kenaikan harga emas sebanyak RM50 selama setahun, berapakah untung bagi kedua2 cara ?

Cara 1 ;    60g X rm50/g  = rm3,000
Cara 2 ;  180g X rm50/g  = rm9,000,
              anggaran upah simpan rm200 x 12 = rm2,400 , jadi keuntungan bersih adalah Rm9,000 - rm2,400 = rm6,600   
         
Declaration: Walau bagaimanapun melaburlah di atas risiko sendiri. Fikirkan dan buat kira2 akan kemampuan anda sebelum melabur. Jangan terikut2 dengan rakan2 sekeliling melabur, anda pun ingin melabur. Itu adalah tindakan yang salah. Jika berhasrat untuk pelaburan jangkan panjang, pastikan anda memiliki baki wang untuk membayar UPAH SIMPAN, membuat spot-gold(top-up hutang) adalah tidak digalakkan kerana secara automatik UPAH SIMPAN juga akan bertambah "

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP