Bagaimana nak jual emas kpd kawan2 ??
Monday, 7 March 2011
Realitinya, sepanjang penglibatan sy di dlm dunia perniagaan, tidak pernah sy menjual sesuatu yg bukan sahaja saiznya kecil dan mahal tetapi sgt mudah utk dijual!!
Sekiranya seseorg itu sememangnya mempunyai simpanan tunai, dia xkan berfikir lama utk membuat keputusan membeli ketulan berharga ini.
Tetapi jika sebaliknya, bermakna kemungkinan prospek anda tidak mempunyai simpanan tunai dan besar kemungkinannya die menghadapi mslh kewangan yg kronik!!
Apabila sy berjumpa kenalan, rakan atau saudara mara, sy tidak pernah mengatakan kpd mereka bahawa sy ingin menjual emas kpdnya, sebaliknya sy hanya berkongsi pendapat dan pengalamn agar mereka sndiri dpt berfikir dan menentukan kerasionalan pendapat sy.
Sy hanya bercerita yg sy kini tidak lagi meyimpan tunai di bank, krn ingin melindungi hasil titik peluh sy drpd lenyap nilai semasanya dek kerakusan Inflasi. Sy menambah lg yg sy membelanjakan 80% wang tunai sy utk membeli emas, dan lebihan 20% sy gunakn sebagi modal pusingan utk berniaga emas dgn niat ingin berkongsi peluang dan membantu rakan2 yg lain agar mereka juga tidak kehilangn nilai simpanan mereka.
Kebanyakan drpd mereka bersetuju dgn pendapat sy dan slps sy menunjukkan beberapa ketul emas milik sy, mereka juga berminat utk membelinya sebagai perlindungan kpd harta dan simpanan di hari tua.
Mudah kan? Tetapi awas!! Jgn sekali2 keluarkan ayat "hendak menjual" kpd mereka walaupn mmg itu satu2nya tujuan anda, krn secara automatik Mind Set kebnykan individu akan menjadi negatif apabila mendgr perkataan itu, bermakna x sempat anda berkata apa2, mereka dah berkata "x naklah"...
Hanya perlu tukarkan konsep, timbulkan kesedaran kpd prospek anda, berikan cth2 yg realistik agar mereka dpt berfikir dan menilainya sendiri. Sy jamin, pasti mereka xkan berfikir lama utk bersetuju dgn pndpt anda dan terus bersetuju utk membeli jika disuakan dgn beberapa ketul emas.
Berniaga perlu realistik, bermakna perlu ada produk, jika sekadar air liur, anda ceritalah ttg bintang2 di langit sekalipun, waima bulan dan matahari, mereka hanya mengangguk2 dan senyum kambing shj.
Tetapi situasi pasti berbeza jika mereka diberi peluang melihat dan meneliti ketulan emas 100g, 50g dan 20g!!
Dan utk menjadi seperti itu, anda perlu menjadi seorang AHLI PERNIAGAAN dan bukan seorang PENIAGA semata2.
Paling utama, anda sendiri perlu menyedari hakikat jika sekiranya anda tidak berjaya menjual walau sekeping emas pn, anda tidak akan mengalami kerugian!! Inilah yg sy anggap sbg satu perniagaan yg cukup hebat, krn matlamat utama bukanlah pd jualan semata2.
Konsep perniagaan konvensional ialah anda akan kerugian jika tidak dpt membuat jualan, tetapi konsep perkongsian ilmu kewangan melalui komoditi emas akan menjadikan anda seorg Pelabur dan Ahli Perniagaan yang berkaliber!!
0 comments:
Post a Comment