Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Berbaloikah membeli SILVER ??

Sunday 20 March 2011

Salam sejahtera,
Ramai yang bertanya kepada saya tentang pelaburan silver atau perak, Untuk post kali ini saya nak bercerita tentang kebaikan dan keburukan pelaburan perak.
Untuk pengetahuan anda ,Pelaburan perak juga amat menguntungkan, perak amat diperlukan oleh industri sekarang ni, ini telah menyebabkan kenaikan harga perak yang mendadak.Tahukah anda kenaikan harga perak ialah 80% pada tahun lepas? mari kita lihat carta dibawah




Pada 1/1/2010 ( kotak merah pertama) , harga perak ialah USD16.75, dan kita lihat pada 2/1/2011 (kotak merah kedua), harga perak telah meningkat kepada USD 31.19
pengiraan:
USD 31.19 – USD 16.75 = USD 14.44
ataupun
USD 16.75 x 85% = USD 14.23
Ini bermakna kenaikan silver pada tahun lepas ialah 85%, jika anda membeli silver dengan harga rm100,000 pada awal tahun lepas, tahun ini anda dah mendapat keuntungan Rm70,000 .
pengiraan nya
Rm100,000 x (85%-15%(spread)
Rm100,000 x 70% = Rm70,000
memang lumayan jika dibandingkan dengan pelaburan emas
Kenaikan Silver pada tahun ini.


Cuba anda lihat carta yang dipaparkan dibawah




Pada 28.1.2011 harga perak ialah USD 26.35 dan pada 14.3.2011 ,harga perak telah melonjak kepada USD 35.68
USD 35.68 – USD 26.35 = USD 9.33
ataupun
USD 26.35 x 35% = USD 9.22
ini bermakna, kenaikan perak dalam masa 1 bulan setengah ialah 35%, ianya adalah lebih baik berbanding emas, bagi sesiapa yang membeli perak pada 28.1.2011, sekarang mereka telah mendapat keuntungan 20% dan boleh menjual jongkong perak mereka bila2 masa ,itupun jika mereka mahu.
Tapi kenapa ramai yang tak berminat melabur silver/perak?
Diantara sebab utama yang menyebabkan orang ramai tidak berminat dengan pelaburan silver/perak  ialah ,produk ini susah untuk dicairkan kepada tunai, tidak seperti emas, jika anda memerlukan wang,anda boleh pergi ke mana2 cawangan Agrobank dan memohon pinjaman Ar-rahnu,tapi jika anda mempunyai perak, anda cuma ada 2 pilihan, simpan atau jual, jika ketika itu harga perak rendah..anda akan kerugian..
Siapakah yang digalakan melabur Perak?
Semua boleh membuat pelaburan perak, tepuk dada dan tanya poket anda…jika anda mempunyai lebih simpanan di bank dan anda tidak berhasrat menggunakannya , buatlah pelaburan silver/perak kerana ianya amatlah berbaloi…kenaikan tahunan yang tinggi akan dapat memberi keuntungan yang maksima kepada anda…Public Gold juga ada menjual jongkong perak, terdapat 3 saiz iaitu 250g,500g dan 1kg, jika anda berhasrat untuk membuat pelaburan perak,hubungi saya sekarang dan saya akan lock harga silver untuk anda..beli sebelum harganya naik lebih tinggi...
Beli silver dgn sy,sy akan ajar anda bgimana utk mbuat keuntungan dgn silver..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP