Powered by Blogger.
banner-dtoxrewards

Tukar kepada NILAI

Tukar kepada NILAI

WANG vs EMAS

WANG vs EMAS

Bagaimana pelaburan bijak ???

Wednesday 23 March 2011


Setiap wang yang anda keluarkan untuk tujuan pelaburan, semestinya sentiasa terdedah kepada risiko kerugian dan tiada sesiapa yang boleh menjamin keuntungannya.

Akan tetapi, sekiranya ia diurus mengikut prinsip pembahagian dana yang betul, risiko kerugian dana itu boleh diminimakan seterusnya memaksimakan pulangannya.

Justeru, setiap dana pelaburan WAJIB di urus dengan bijak agar sekiranya berlaku kerugian, anda masih mampu menanganinya dan mengurangkan jumlah kerugian itu.

Ingat, walaupun anda mengurus dana anda dengan betul dan mengikut asas prinsip yang telah ditetapkan, belum tentu ianya akan menjamin pulangan yang optimum, tetapi jika anda mengurus dana anda mengikut prinsip yang betul + bijak, maka peluang untuk anda meraih keuntungan hasil dari pelaburan anda amat tinggi.

Caranya? " Jangan letakkan kesemua telur di dalam satu bakul ". 
Bermakna anda perlu membahagikan (Diversify) dana pelaburan anda kepada beberapa bentuk pelaburan mengikut nisbah risikonya.
Mengikut konsep "Diversify Fund Allocation" yang didedahkan oleh Robert T. kiyosaki, beliau membahagikan dana pelaburannya seperti berikut :
80% - Pelaburan fizikal Emas & Perak (Low Risk)
10% - Pelaburan dalam Saham (Medium Risk)
5%   - Pelaburan dalam Stock, Komoditi, Futures (High Risk)
5%   - Tunai dalam tangan

"Diversify Fund" bermaksud pembahagian dana (wang), iaitu hasil daripada simpanan / pendapatan bulanan anda. Katakan pendapatan bulanan / simpanan anda sebanyak RM 10,000.00, maka anda perlu bahagikan mengikut konsep seperti diatas.

Jangan keliru diantara "Diversify Fund Allocation & Diversify Portfolio Investment".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP